Wednesday, May 21, 2025

CEO SESB tinjau 3 penjana elektrik baharu di Sandakan

SANDAKAN: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) sentiasa berusaha untuk memastikan kapasiti bekalan tenaga elektrik di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan terus dipertingkatkan untuk memenuhi permintaan pengguna yang semakin bertambah.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SESB, Ir. Ts. Mohd Yaakob Hj Jaafar berkata, antara usaha yang dilaksanakan termasuk mengadakan sewaan terhadap enam generator yang bakal menjana 93 megawatt (MW) tenaga elektrik ke sistem Grid Sabah.

“Hari ini saya telah mengadakan tinjauan untuk melihat sendiri kerja-kerja pemasangan terhadap tiga set generator yang terletak di Sandakan.

“Untuk makluman, pemasangan di Pencawang Pembahagian Utama (PPU) Mowtas telah pun siap dan beroperasi sepenuhnya dengan keupayaan menjana sehingga 10 MW tenaga elektrik,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Menurut Yaakob, dua lagi set generator masih dalam proses penyiapan akhir dan dijangka akan beroperasi dalam tempoh terdekat.

“Syukur, ketika berada di PPU Seguntor dan Stesen Janakuasa Labuk, saya melihat semua proses kerja-kerja adalah mengikut jadual seperti yang telah dirancang.

“Apabila siap nanti, generator di PPU Seguntor akan membekalkan 10 MW tenaga elektrik, manakala di Stesen Janakuasa Labuk pula ia membekalkan tenaga berkapasiti 30 MW,” jelas beliau.

Yaakob menambah, tiga lagi set generator sewaan lain adalah terletak di Tawau, Lahad Datu dan Labuan.

“Tambahan penjana elektrik ini akan menjadikan kapasiti bekalan tenaga meningkat kepada lebih 1,300 MW dan seterusnya memberi margin simpanan tenaga lebih selesa kepada Sistem Grid Sabah.

“SESB berharap tiada lagi keperluan untuk melaksanakan catuan bekalan elektrik apabila kesemua set generator ini mula dioperasikan sepenuhnya pada bulan Mei ini,” katanya.

Hot this week

Stronger BN will mean a weaker PH

By: Datuk Teddy Chin HARDLY a week passes without something...

Bekas TYT Sabah, Tun Ahmadshah meninggal dunia

Tun Ahmad Shah menyampaikan pingat kebesaran negeri Ahli Setia...

Radu Tatap Radu – UMNO Semporna rises again

Salleh...UMNO is poised for a strong comeback as the...

Sabah’s Political Play: Analyzing the Strategic Move Behind PH and BN’s Coalition

By Datuk James Ligunjang J.PEx Assemblyman for Petagas KOTA KINABALU...

Penganjuran Pesta Kaamatan perlu ditambah nilai untuk tarik kehadiran pengunjung – Dr Yusof

Dr Yusof memukul gong simbolik perasmian,penutupan Pesta Kaamatan Daerah...

Topics

Bung Moktar: Talk without the support of action means nothing

KOTA KINABALU : Sabah UMMO Chief Datuk Seri Bung...

Native Court Reform Must Be Grounded in Law, Not Political Loyalty

By Daniel John JambunPresidentBorneo’s Plight in Malaysia Foundation (BOPIMAFO) KOTA...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img