Saturday, April 26, 2025

Penjawat awam, penerima STR jangan terpedaya dengan scammer: Fahmi

Seramai 8.4 juta rakyat bakal menerima bayaran STR Fasa 2 melibatkan bayaran RM100 sehingga RM650 yang akan dikreditkan mulai esok

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengingatkan penjawat awam yang akan menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri dan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) supaya tidak terpedaya dengan sindiket penipuan dalam talian.

Katanya beliau tidak mahu pihak tidak bertangggungjawab mengambil kesempatan atas khabar baik untuk rakyat.

“Saya pohon dari kalbu saya, tolong berhati-hati dan jangan jadi mangsa penipuan (scammer). Kalau kita terima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali, semak dulu.

“Kalau terima mesej daripada orang yang kononnya kawan kita, semak dulu dan kalau dapat e-mel yang mengatakan klik pautan di sini, atau muat turun aplikasi, tolonglah jangan klik e-mel yang tidak dikenali,” katanya selepas menyaksikan sesi latihan skuad Kuala Lumpur City (KL City) di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam tadi.

Perdana Menteri semalam mengumumkan penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak dan pesara kerajaan masing-masing bakal menerima BKK Aidilfitri sebanyak RM500 dan RM250 pada Jumaat ini.

Selain itu, seramai 8.4 juta rakyat bakal menerima bayaran STR Fasa 2 melibatkan bayaran RM100 sehingga RM650 yang akan dikreditkan mulai esok.

Mengenai BKK Aidilfitri, Fahmi berkata, baginya sejujurnya ia satu kejutan yang sangat baik dan sudah tentu memberi keceriaan kepada penjawat awam yang akan menyambut Aidilfitri minggu depan.

“Kalau saya ingat perbincangan atau bila tanya Perdana Menteri sebelum ni, beliau sering sebut kerajaan sudah sediakan bantuan RM2,000 untuk penjawat awam tempoh hari tetapi bila diumumkan hari ini BKK Aidilfitri, itu sudah pasti jadi satu perkara yang sangat menceriakan dan mengubah suasana,” katanya.

Fahmi juga berharap penjawat awam memanfaatkan bantuan itu sebaik-baiknya dan mencadangkan mereka untuk menyokong peniaga di bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri seperti di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) di sini.

“Kita pergi secara fizikal dan sokong mereka yang hampir kesemuanya adalah peniaga bumiputera. Kita bantu mereka dan ini harapan saya,” katanya. – Bernama

Hot this week

Can Warisan snatch a simple majority victory going solo ?

Dr Kanul Gindol...there is a Sabah political party capable...

SAREC 25, platform for collaboration, innovation to drive Sabah transition toward a sustainable energy future – Dr Yusof

Yusof shakes hands with strategic partners, moderators, SAREC 2025...

Sandakan gearing up for Visit Malaysia 2026

SANDAKAN : - President of Sandakan Municipal Council (MPS)...

Ahli Majlis PBT perlu main peranan aktif majukan daerah – Hendrus

KOTA MARUDU : - Ahli-ahli majlis pihak berkuasa tempatan...

Joniston: Call for Sabah and Sarawak collaboration in cultural tourism

Datuk Joniston Bangkuai with Sarawak Deputy Minister of Youth,...

Topics

Can Warisan snatch a simple majority victory going solo ?

Dr Kanul Gindol...there is a Sabah political party capable...

Sandakan gearing up for Visit Malaysia 2026

SANDAKAN : - President of Sandakan Municipal Council (MPS)...

Ahli Majlis PBT perlu main peranan aktif majukan daerah – Hendrus

KOTA MARUDU : - Ahli-ahli majlis pihak berkuasa tempatan...

Joniston: Call for Sabah and Sarawak collaboration in cultural tourism

Datuk Joniston Bangkuai with Sarawak Deputy Minister of Youth,...

KDM set to generate a “green wave” effect in PBS and STAR’s stronghold in PRN

Dr Kanul Gindol...the political landscape in Sabah is unpredictable...

Sustainable Tourism and Conservation Efforts in Kinabatangan Remain KiTA’s Core Focus

Group Photo of President, Johnny (front, second left);Past President,...

Qhazanah Sabah Hari Raya celebration

The Qhazanah Sabah Group of Companies held its Hari...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img