Sunday, June 15, 2025

Dua anggota Maritim Malaysia cedera terkena tembakan

Salah seorang yang terlibat, cedera dimata kirinya.

LAHAD DATU: Dua anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) cedera ditembak ketika sedang melakukan pemeriksaan dalam rondaan Op Khas Pagar Laut di perairan Kunak kira-kira jam 8.40 pagi tadi.

Dr Suzanna (kiri) bersama Komander ESSCOM Datuk Victor Sanjos (tengah) ketika bertemu salah seorang anggota Bot Banggi 48 yang terlibat di Hospital Kunak. Gambar Miritim Malaysia.

Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Ts. Dr. Suzanna Razali Chan berkata, berdasarkan laporan awal, seramai tiga orang suspek bersenjatakan pistol telah melepaskan empat das tembakan ke arah Bot Banggi 48.

Katanya, bot berkenaan cuba menghampiri sebuah bot enjin sangkut berwarna biru yang dinaiki suspek untuk tindakan pemeriksaan di kedudukan 0.2 batu nautika timur laut Kampung Pangi, Kunak.

“Apabila pasukan peronda cuba menghampiri, suspek telah bertindak melepaskan tembakan bagi mengelakkan daripada anggota bot peronda Maritim Malaysia menghampiri mereka. Suspek kemudiannya berjaya melepaskan diri dengan membawa bot tersebut.

“Berikutan kejadian itu, Maritim Malaysia telah mengatur gerakkan Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat, pesawat udara dan Bahagian Perisikan Maritim ke lokasi terbabit bagi menyiasat kes ini dan mengesan kesemua suspek terlibat.

“Selain itu, Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) turut sama ke lokasi kejadian dan terlibat dalam siasatan kes ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mangsa terbabit ialah Bintara Muda Maritim Zainal Abad Komel,45, yang juga ketua bot Banggi 48 cedera di mata kiri manakala seorang lagi kru bot yang sama, Laskar Kanan Maritim Prayrie De Cuella Jimin,35, cedera di kedua-dua belah tangan ketika sedang bergelut membalas tembakan dengan pihak penjenayah.

Manakala, empat lagi anggota penguat kuasa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Dalam pada itu, kedua-dua anggota Maritim Malaysia yang cedera telah dibawa ke Hospital Kunak bagi diberikan rawatan segera. 

Hot this week

Stop twisting the facts, Daniel – Shafie’s appointment was murky!

Malakun...Let’s set the record straight because Sabahans deserve the...

Food is an essential component of culture

Non halal Nasi Lemak, a popular dish on the...

Malaysia Media Council members announced

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim renewed his media...

Kerajaan disaran bantu industri media tempatan hadapi cabaran semasa

Datuk Lichong Angkui berucap di majlis kemuncak sambutan Hari...

Topics

Stop twisting the facts, Daniel – Shafie’s appointment was murky!

Malakun...Let’s set the record straight because Sabahans deserve the...

Food is an essential component of culture

Non halal Nasi Lemak, a popular dish on the...

Malaysia Media Council members announced

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim renewed his media...

Kerajaan disaran bantu industri media tempatan hadapi cabaran semasa

Datuk Lichong Angkui berucap di majlis kemuncak sambutan Hari...

Let’s not rewrite history: The real backdoor Chief Minister was Shafie Apdal

Commentary by Datuk Seri Panglima Clarence Bongkos MalakunSabah Economic...

Stronger social media influence in the 2025 Sabah elections

Ch'ng...traditional media may continue, but the dissemination of information...

Local veteran journalist supports the holding of HAWANA in Sabah next year

Bingkasan...HAWANA has been celebrated four times in Peninsular Malaysia...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img