Monday, June 16, 2025

Lebih 20 ribu hadir Majlis Rumah Terbuka Kerajaan Negeri

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor bersama Timbalan Ketua Menteri, Datuk Ir.Shahelmey Yahya mengiringi Yang di-Pertua Negeri, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Haji Mahiruddin pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Tahun 2024M/1445H di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) Kota Kinabalu pada Ahad.

KOTA KINABALU: Lebih 20,000 tetamu hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Tahun 2024M/1445H di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Ahad.

Majlis tahunan itu turut dimeriahkan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Haji Mahiruddin dan isteri Toh Puan Datuk Seri Panglima (Dr) Hajah Norlidah Tan Sr Datuk R.M. Jasni.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan isteri Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag sejurus tiba di SICC pada pukul 10.15 pagi, turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada 100 orang asnaf.

Beliau kemudiannya diiringi oleh Timbalan Ketua Menteri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Negeri, Datuk Ir Shahelmey Yahya bersama barisan jemaah menteri negeri meluangkan masa bertemu serta beramah mesra dengan pelbagai lapisan rakyat yang hadir pada rumah terbuka itu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan Yang di-Pertua Negeri, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Haji Mahiruddin serta isteri masing-masing bergambar bersama tetamu yang menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Tahun 2024M/1445H di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) Kota Kinabalu pada Ahad.

Turut hadir ialah Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Kadzim M. Yahya, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali dan kenamaan yang iain.

Tetamu yang hadir juga turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian lagu Hari Raya daripada artis tempatan Sabah.

Hot this week

Stop twisting the facts, Daniel – Shafie’s appointment was murky!

Malakun...Let’s set the record straight because Sabahans deserve the...

Food is an essential component of culture

Non halal Nasi Lemak, a popular dish on the...

Malaysia Media Council members announced

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim renewed his media...

Kerajaan disaran bantu industri media tempatan hadapi cabaran semasa

Datuk Lichong Angkui berucap di majlis kemuncak sambutan Hari...

Topics

Stop twisting the facts, Daniel – Shafie’s appointment was murky!

Malakun...Let’s set the record straight because Sabahans deserve the...

Food is an essential component of culture

Non halal Nasi Lemak, a popular dish on the...

Malaysia Media Council members announced

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim renewed his media...

Kerajaan disaran bantu industri media tempatan hadapi cabaran semasa

Datuk Lichong Angkui berucap di majlis kemuncak sambutan Hari...

Let’s not rewrite history: The real backdoor Chief Minister was Shafie Apdal

Commentary by Datuk Seri Panglima Clarence Bongkos MalakunSabah Economic...

Stronger social media influence in the 2025 Sabah elections

Ch'ng...traditional media may continue, but the dissemination of information...

Local veteran journalist supports the holding of HAWANA in Sabah next year

Bingkasan...HAWANA has been celebrated four times in Peninsular Malaysia...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img