Sunday, June 1, 2025

Masalah air Perumahan Kg Karamunting selasai

Kerja memasang paip baharu.

SANDAKAN – Masalah ketiadaan bekalan air yang membelenggu penduduk di kawasan Skim Perumahan Kampung Karamunting akhirnya dapat diselesaikan hari ini (Ahad), kata Ahli Dewan Undangan Negeri Karamunting, Datuk George Hiew Vun Zin.

George Hiew

Katanya, beliau telah mendapat aduan daripada penduduk di kawasan Kampung Karamunting tentang tekanan bekalan air paip yang tidak kuat, dan beliau telah turun ke kawasan yang terjejas untuk melihat sendiri masalah yang dihadapi oleh penduduk di sini.

George juga segera menyampaikan masalah tersebut kepada pihak Jabatan Air Sabah (cawangan Sandakan).

“Pihak Jabatan Air memberitahu saya bahawa masalah tersebut berpunca daripada paip air yang tersumbat. Sebanyak tujuh batang paip perlu ditukar kepada yang baharu.

“Oleh kerana cuti Hari Raya, mereka mengambil masa sedikit untuk mengambil tindakan. Hari ini (Ahad), sejurus mereka mula bekerja, mereka terus ke kampung tersebut untuk menukar paip yang baharu.

“Saya difahamkan kerja pembaikan ini dapat disiapkan pada hari yang sama, sekaligus menyelesaikan masalah bekalan air di kawasan Skim Perumahan Kampung Karamunting,” kata George di dalam sebuah kenyataan.

Dalam masa itu, George mengucapkan terima kasih kepada pihak Jabatan Air Sandakan atas kerjasama dan tindakan yang diambil selepas menerima aduan daripada beliau.

“Saya berharap penduduk Kampung Karamunting kini akan dapat meraikan Hari Raya Aidilfitri dengan selesa,” katanya.

Hot this week

Atitih dinobatkan Unduk Ngadau Negeri Sabah 2025

Atitih (tengah) bersama Elka dan Celarin (kanan) Tati Evanatie Sannie...

Atitih Yatie Robert of Tamparuli is State Level Kaamatan Unduk Ngadau

Atitih (centre) with Elka (left), Celarin. PENAMPANG : - Atitih...

The Importance of Upholding Malaysia Agreement 1963 in State-Federal Relations

By Datuk James Ligunjang J.PFormer Sabah Assemblyman The Malaysia Agreement...

Anuwar: Solar streetlights for all Sabah villages

Anwar speaking to Pairin (right) while Hajiji (left) looks...

Topics

Pak Mus’ good pisang goreng comes from making it with love

By C C PungJustice of Peace Had ikan bakar, soto...

Corruption not tackled through perception, slander or insults – Anwar

Anwar arriving at Hongkod Koisaan to officiate the Sabah...

Stella Marris Kindergarten Kaamatan Celebrations

Sr Lucy (middle) with TSM teachers and pupils who...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img