Sunday, July 13, 2025

Sabah kehilangan seorang pemimpin yang luar biasa – Hajiji

KOTA KINABALU : Sabah kehilangan seorang pemimpin berpengalaman dan luar biasa dengan pemergian Tan Sri Joseph Kurup.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, mendiang sangat dedikasi dalam menjalankan tugasnya sebagai menteri di peringkat persekutuan selain konsisten membantu rakyat di negeri ini.

“Saya ingin menyampaikan rasa simpati dan takziah kepada keluarga Tan Sri Joseph Kurup. 

“Mengimbas kembali masa saya mendapat penghormatan untuk bekerja bersama beliau sebagai Pembantu Menteri di Kementerian Pembangunan Perindustrian Sabah pada tahun 1994, saya teringat akan kepimpinan beliau yang luar biasa dan sumbangan besar yang telah beliau berikan kepada masyarakat, negeri dan negara.

“Legasi Tan Sri Joseph Kurup adalah satu dedikasi dan perkhidmatan, ia satu kehilangan yang besar kepada kita semua,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Joseph yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur hari ini.

Sementara itu, Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Datuk Peter Anthony menyifatkan pemergian pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), itu sebagai satu kehilangan besar buat Sabah.

Beliau berkata, mendiang bukan saja sangat berdedikasi dalam menjalankan tugasnya sebagai menteri di peringkat persekutuan, tetapi juga konsisten dengan perjuangannya membantu rakyat di negeri ini khususnya pedalaman.

Menurutnya, Joseph juga merupakan antara pemimpin dari suku kaum Kadazan, Dusun dan Murut (KDM) yang banyak berjasa kepada bangsanya.

“Pemergian beliau sangat mengejutkan kita semua. Secara peribadi saya menyanjungi beliau. Begitu banyak sekali jasanya, bukan saja kepada rakyat di negeri ini tetapi juga seluruh negara.

“Takziah diucapkan kepada seluruh keluarga mendiang termasuk sahabat saya, Datuk Arthur Joseph Kurup, semoga mereka tabah menghadapi waktu sukar ini,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Hot this week

Strong sentiment for GRS to go solo in the coming State election

Dr Jeffrey (left) and Dr Joachim during the press...

Want to collaborate, PH have to use GRS symbol in PRN17 – Dr Joachim

PENAMPANG : Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, the acting...

Keningau to host the first Dusunic Sabah Carnival in August

Lawrence Gimbang...the carnival encourage the use of Dusunic language...

Honouring Sabah’s rights dispel suspicion, lead to a harmonious and united Malaysia

Joniston..The 'Rumah Kita, Kita Jaga' slogan is not anti-Federal...

Sekolah Visi Sandakan Cemerlang di BIICC 2025 Kuching, Sarawak

Pemenang Anugerah Pingat Emas 5 Emas, 2 Perak, 7 Gangsa...

Topics

PIBG digesa jadi nadi suara Wakil Rakyat

Joniston bersama wakil wakil 24 PIBG yang menerima...

Joint PBS-STAR  Convention 2025 on Saturday

Joniston...the convention is aimed at strengthening cooperation to secure...

A book by Chan Kang Yuen, 90, on his 60-year career as a journalist

By C C PungJustice of Peace My old friend Chan...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img