Sunday, June 22, 2025

George Hiew mahu tanah milik MPS digazetkan Tanah Perkampungan Karamunting

George Hiew menunjukkan kedudukan tanah yang beliau harap dapat digazetkan Tanah Perkampungan.

SANDAKAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting Datuk George Hiew Vun Zin kini sedang memperjuangkan untuk menukarkan status sebidang tanah di Kampung Karamunting daripada milik Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) kepada tanah perkampungan.

Menurut beliau, tanah yang berkeluasan 15 ekar tersebut terletak di Kampung Karamunting dan telah digunakan oleh penduduk kampung selama berpuluh tahun.

Namun, selepas kejadian kebakaran yang memusnahkan sebilangan rumah di atas sebahagian tanah ini pada tahun 2019, penduduk kampung menghadapi kekangan untuk membina rumah kembali atas sebab status tanah yang tidak termasuk di dalam perkampungan.

“Pada hari Rabu (April 17), saya telah menghadiri suatu mesyuarat bersama wakil Parlimen Batu Sapi, wakil-wakil dan jurutera MPS serta pegawai-pegawai Jabatan Tanah dan Ukur. Mesyuarat tersebut adalah untuk membincangkan dan mencari jalan penyelesaian supaya tanah ini dapat digazetkan sebagai tanah perkampungan.

“Menurut Jabatan Tanah dan Ukur, status tanah ini memang untuk kegunaan pembinaan kediaman. Justeru, untuk menukarkan status tanah ini daripada tanah di bawah milik MPS ke tanah perkampungan adalah tidak mustahil,” katanya.

Walaubagaimanapun, kata George, perkara tersebut masih memerlukan perbincangan yang lebih lanjut.

“Saya berharap agar status tanah ini akan segera ditukarkan kepada tanah perkampungan supaya mangsa kebakaran lima tahun lalu boleh mendirikan rumah mereka di sini, sekaligus mengurangkan beban mereka,” tambahnya.

Hot this week

Intense battle lies ahead for Merotai in the PRN hot seat

Datuk Ruji Ubi (left) retired CEO ESSCOM is likely...

Emin Madi: PGDK penghargaan amat besar Negeri Sabah untuk diri, Bernama

Emin menerima anugerah PGDK daripada Tun Musa Aman. KOTA KINABALU:...

Sabah on world map as  conservation hub

By Emin MadiKOTA KINABALU : -  The legacy of...

“Sabahan No 1” reflects BN’s true struggle

Salleh...BN does not rely on sentiments but on hard...

Veteran journalist Emin Madi heads 19 media practitioners to receive State Awards from TYT

Emin Madi … PGDK Yong Ted Phen...ASDK KOTA KINABALU :  -...

Topics

Social media is full of nonsense

By C C PungJustice of Peace YET everyone I know...

Presiden Warisan nafi lupus NPL semasa jadi Ketua Menteri Sabah

Shafie Apdal...tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap...

Malicious and baseless allegations, outright lies

Media StatementBy Datuk Seri Panglima Mohd Shafie ApdalPresidentWARISAN1. I...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img