Sunday, June 22, 2025

Hajiji beri penghormatan terakhir kepada Tan Sri Joseph Kurup

KOTA KINABALU : Ketua Menteri Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor pagi tadi hadir memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Tan Sri Joseph Kurup.

Mendiang menghembuskan nafas terakhir Rabu lalu pada jam 6.22 petang di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.

Hadir sama pada penghormatan terakhir itu adalah anak kepada mendiang yang juga Ahli Parlimen Pensiangan Datuk Arthur Joseph Kurup.

Hajiji turut diiringi Menteri Kewangan Datuk Seri Masidi Manjun dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif di Wisma Fook Lu Siew Funeral Parlour di sini hari ini.

Turut hadir memberi penghormatan terakhir, Menteri Pembangunan Industri Datuk Phoong Jin Zhe.

Hajiji ketika ditemui merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang khususnya isteri Puan Sri Melinda Mak Soak Fong dan enam orang anak.

“Bagi pihak Kerajaan Sabah, saya mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Tan Sri khususnya Puan Sri dan juga Datuk Arthur Joseph Kurup.

“Beliau ialah seorang tokoh pemimpin yang banyak berjasa kepada negeri Sabah dan juga negara.

“Saya pernah berkhidmat sebagai Pembantu Menteri beliau pada tahun 1994 dan banyak saya belajar dan menerima pandangan nasihat daripada beliau,” katanya.

Beliau berkata, jasa khidmat bakti mendiang akan terus diingati dan rakyat khususnya di negeri ini kehilangan seorang pemimpin dan juga sahabat dalam perjuangan.

“Kenangan manis saya bersama beliau, saya pernah dibawa melawat ke South Afrika, Namibia, Maurices pada tahun 1994 dan banyaklah kenangan yang baik yang saya boleh belajar daripada mendiang Tan Sri,” katanya

Hot this week

Intense battle lies ahead for Merotai in the PRN hot seat

Datuk Ruji Ubi (left) retired CEO ESSCOM is likely...

Emin Madi: PGDK penghargaan amat besar Negeri Sabah untuk diri, Bernama

Emin menerima anugerah PGDK daripada Tun Musa Aman. KOTA KINABALU:...

Sabah on world map as  conservation hub

By Emin MadiKOTA KINABALU : -  The legacy of...

“Sabahan No 1” reflects BN’s true struggle

Salleh...BN does not rely on sentiments but on hard...

Veteran journalist Emin Madi heads 19 media practitioners to receive State Awards from TYT

Emin Madi … PGDK Yong Ted Phen...ASDK KOTA KINABALU :  -...

Topics

Social media is full of nonsense

By C C PungJustice of Peace YET everyone I know...

Presiden Warisan nafi lupus NPL semasa jadi Ketua Menteri Sabah

Shafie Apdal...tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap...

Malicious and baseless allegations, outright lies

Media StatementBy Datuk Seri Panglima Mohd Shafie ApdalPresidentWARISAN1. I...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img