Thursday, April 24, 2025

George Hiew gesa Kerajaan tetapkan harga minima buah buahan

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah harus menetapkan harga minima untuk penjualan buah-buahan di negeri ini untuk memastika petani akan dapat menjana pendapatan, kata Ahli Dewan Undangan Negeri Karamunting, Datuk George Hiew Vun Zin.

ADUN Parti Gagasan Rakyat Sabah itu berkata, sudah ada beberapa kejadian sebelum ini di mana harga buah-buahan seperti durian, betik dan avocado jatuh teruk di pasaran Sabah sehingga para petani kerugian dan terpaksa menjual hasil tanaman mereka dengan murah dan mengalami kerugian.

Katanya, oleh sebab tidak ada campur tangan kerajaan untuk mengawal harga buah-buahan dan dari segi pemasaran, ramai di antara orang kampung yang memiliki tanah tanah telah memilih untuk menanam kelapa sawit.

“Pada masa kini, semua petani (buah-buahan) ini tumbangkan pokok mereka, tanam kelapa sawit, walaupun harga kelapa sawit murah, hanya 50 sen 1 kilogram. Tapi petani tetap tanggup tanam kelapa sawit sebab senang jaga dan senang jual.

“Tetapi jika dibandingkan dengan buah-buahan, contohnya durian musang king, harganya sekarang lebih RM100 satu kilogram. Jika kerajaan menetapkan harga minima RM50 satu kilogram, contohnya, bermakna petani boleh mendapat RM50,000 satu tan.

“Tanah di Sabah, khususnya di Keningau, Tenom, Lahad Datu, Kunak, Sandakan, Kota Marudu, dan Kota Belud amat sesuai untuk tanam buah. Tetapi oleh kerana kerajaan tidak ada menetapkan harga minima, maka semua orang terpaksa tanam kelapa sawit,” katanya.

George berkata demikian di dalam ucapan perbahasan beliau di sidang Dewan Undangan Negeri.

Katanya, Sabah harus mencontohi negara Thailand yang mempunyai struktur tanah yang hampir sama dengan Sabah, namun berjaya menjadi salah satu negara pengekspot buah-buahan yang terbesar di dunia.

Menurut beliau, selain menetapkan harga minima bagi buah-buahan di Sabah, kerajaan juga harus membuat pusat pengumpulan buah-buahan untuk mengumpul hasil-hasil petani tempatan sebelum dipasarkan, sama seperti yang dibuat dengan kelapa sawit di Sabah.

“Sabah diikat oleh kelapa sawit sahaja, yang harganya 50 sen satu kilogram. Jika kerajaan membantu dari segi pemasaran dan menetapkan harga minima bagi buah-buahan, saya yakin orang-orang kampung juga akan masing-masing balik ke kampung untuk menanam buah-buahan.

“Sebagai contoh, durian Musang King yang mempunyai harga yang tinggi. Namun, dalam masa beberapa tahun ini, semakin ramai yang menanam durian ini, dan sudah ada 700 hektar tanah di Sabah yang menanam Musang King.

“Jadi, jika harga minima tidak ditetapkan, saya bimbang apakah yang akan terjadi dengan hasil berjuta-juta tan (buah) ini? Harganya akan jatuh sehingga ada yang terpaksa lelong buah mereka dengan harga rugi. Ini bukan sahaja akan berlaku, ini memang sudah sedang berlaku,” tambahnya.

Katanya, jika pihak Kerajaan Negeri Sabah mengambil tindakan menetapkan harga minima dan membantu dari segi pemasaran buah-buahan, ia akan dapat membantu mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan rakyat Sabah, terutamanya mereka yang tinggal di kawasan pedalaman kerana buah-buahan boleh ditanam di kawasan kebun yang kecil, walaupun dengan hanya keluasan satu hingga tiga ekar.

“Namun, pihak Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah juga harus duduk bersama pemain industri untuk membincangkan perkara ini sebelum membuat sebarang keputusan yang dapat membawa faedah kepada petani,” tambahnya.

Hot this week

SAREC 25, platform for collaboration, innovation to drive Sabah transition toward a sustainable energy future – Dr Yusof

Yusof shakes hands with strategic partners, moderators, SAREC 2025...

Sandakan gearing up for Visit Malaysia 2026

SANDAKAN : - President of Sandakan Municipal Council (MPS)...

Ahli Majlis PBT perlu main peranan aktif majukan daerah – Hendrus

KOTA MARUDU : - Ahli-ahli majlis pihak berkuasa tempatan...

Joniston: Call for Sabah and Sarawak collaboration in cultural tourism

Datuk Joniston Bangkuai with Sarawak Deputy Minister of Youth,...

KDM set to generate a “green wave” effect in PBS and STAR’s stronghold in PRN

Dr Kanul Gindol...the political landscape in Sabah is unpredictable...

Topics

Sandakan gearing up for Visit Malaysia 2026

SANDAKAN : - President of Sandakan Municipal Council (MPS)...

Ahli Majlis PBT perlu main peranan aktif majukan daerah – Hendrus

KOTA MARUDU : - Ahli-ahli majlis pihak berkuasa tempatan...

Joniston: Call for Sabah and Sarawak collaboration in cultural tourism

Datuk Joniston Bangkuai with Sarawak Deputy Minister of Youth,...

KDM set to generate a “green wave” effect in PBS and STAR’s stronghold in PRN

Dr Kanul Gindol...the political landscape in Sabah is unpredictable...

Sustainable Tourism and Conservation Efforts in Kinabatangan Remain KiTA’s Core Focus

Group Photo of President, Johnny (front, second left);Past President,...

Qhazanah Sabah Hari Raya celebration

The Qhazanah Sabah Group of Companies held its Hari...

Joniston joins Muslims and Christians celebrating Hari Raya and Easter in Kg Parad

Datuk Joniston Bangkuai greets villagers during the joint Hari...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img