Sunday, July 13, 2025

Hajiji: Kerajaan laksana pelbagai inisiatif bagi meningkatkan SSL

Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan negeri, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan bersama tetamu kehormat mongomot atau menuai padi sebagai gimik pelancaran Pesta Kaamatan 2024 di Dewan Masyarakat Ranau, di Ranau pada Rabu.

RANAU: Kerajaan mengambil pelbagai inisiatif bagi meningkatkan Tahap Sara Diri
(SSL) hasil pertanian terutamanya padi bagi memperkukuhkan keterjaminan makanan di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, berkata Kerajaan negeri telah mewujudkan Jawatankuasa Pengurusan Tertinggi di peringkat MAFFI bagi membincangkan dan menangani isu-isu berkaitan keterjaminan makanan.

“Ini kerana negeri Sabah pada masa ini hanya mencapai tahap sara diri sebanyak 22.8 peratus sahaja dan selebihnya masih bergantung kepada bekalan beras dari sumber luar atau beras import. Dalam masa sama, keadaan cuaca yang tidak menentu amat memberi kesan terhadap hasil pertanian, termasuk di negeri ini.

“Justeru, pada 17 April lalu, Kabinet negeri bersetuju menghidupkan semula Lembaga Padi dan Beras Sabah sebagai sebahagian inisiatif meningkatkan pengeluaran dan
keselamatan makanan di negeri ini. Ia juga antara usaha kerajaan negeri meningkatkan tahap sara diri beras.

“Selain itu, pemberian insentif Pembajakan Sawah Padi dengan peruntukan sebanyak
RM18 juta antara inisiatif yang dilaksanakan dalam Bajet 2024,” katanya ketika merasmikan Pelancaran Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah di Dewan Masyarakat Ranau di sini pada Rabu.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan negeri, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey
Kitingan.

Inisiatif lain yang turut diambil katanya termasuk pemulihan tanah sawah terbiar,
pembangunan padi tanah kering, penambahan bilangan jentera pembajak dan jentuai, pemberian baja pada kadar optimum serta pemberian subsidi penjualan padi kepada semua pengusaha dengan peruntukan RM5.16 juta.

Bagi meningkatkan lagi pengeluaran tanaman, beliau berkata kerajaan negeri melalui syarikat berkaitan kerajaan seperti syarikat Sawit Kinabalu turut mengambil bahagian dalam penanaman padi dengan kaedah moden untuk meningkatkan tanaman dan bekalan beras tempatan.

Katanya, Sawit Kinabalu telah menyediakan kawasan yang sesuai khusus bagi tujuan
tanaman padi .Ini adalah sebahagian daripada inisiatif kita dan banyak lagi yang lain akan dilaksanakan bagi memastikan pengeluaran serta keterjaminan makanan di negeri ini.

“Saya juga berharap pemain-pemain sektor pertanian, penternakan, dan perikanan,
untuk terus meningkatkan pengeluaran hasil bagi menyediakan bekalan makanan
mencukupi, kepada masyarakat dan paling penting ambil segala peluang menerusi
pelbagai inisiatif yang disediakan kerajaan negeri,” katanya.

Mengenai sambutan Pesta Kaamatan, beliau berkata pesta itu adalah salah satu acara penting kepada rakyat Sabah, yang diraikan setiap tahun pada bulan Mei khususnya oleh masyarakat Kadazandusun Murut dan Rungus.

“Pesta Kaamatan ini bukan sahaja bertujuan mengeratkan silaturahim dan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan agama sebaliknya juga bagi menyatakan rasa kesyukuran di atas hasil tuaian yang baik,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata Kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha dalam
membantu meningkatkan taraf hidup dan sosio ekonomi masyarakat.

“Bagaimanapun masih ada suara-suara segelintir kumpulan yang tidak
bertanggungjawab dengan mempelekehkan dan menyalahkan apa juga usaha-usaha murni kerajaan.

“Saya yakin rakyat kini lebih matang dan tidak mudah terpengaruh. Saya menyeru
rakyat untuk terus bersama kerajaan mengekalkan kestabilan politik serta kemajuan ekonomi demi kelancaran pembangunan di negeri Sabah,” katanya

Hot this week

Strong sentiment for GRS to go solo in the coming State election

Dr Jeffrey (left) and Dr Joachim during the press...

Want to collaborate, PH have to use GRS symbol in PRN17 – Dr Joachim

PENAMPANG : Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, the acting...

Keningau to host the first Dusunic Sabah Carnival in August

Lawrence Gimbang...the carnival encourage the use of Dusunic language...

Honouring Sabah’s rights dispel suspicion, lead to a harmonious and united Malaysia

Joniston..The 'Rumah Kita, Kita Jaga' slogan is not anti-Federal...

Sekolah Visi Sandakan Cemerlang di BIICC 2025 Kuching, Sarawak

Pemenang Anugerah Pingat Emas 5 Emas, 2 Perak, 7 Gangsa...

Topics

Strong sentiment for GRS to go solo in the coming State election

Dr Jeffrey (left) and Dr Joachim during the press...

Want to collaborate, PH have to use GRS symbol in PRN17 – Dr Joachim

PENAMPANG : Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, the acting...

Keningau to host the first Dusunic Sabah Carnival in August

Lawrence Gimbang...the carnival encourage the use of Dusunic language...

Honouring Sabah’s rights dispel suspicion, lead to a harmonious and united Malaysia

Joniston..The 'Rumah Kita, Kita Jaga' slogan is not anti-Federal...

Sekolah Visi Sandakan Cemerlang di BIICC 2025 Kuching, Sarawak

Pemenang Anugerah Pingat Emas 5 Emas, 2 Perak, 7 Gangsa...

PIBG digesa jadi nadi suara Wakil Rakyat

Joniston bersama wakil wakil 24 PIBG yang menerima...

Joint PBS-STAR  Convention 2025 on Saturday

Joniston...the convention is aimed at strengthening cooperation to secure...

A book by Chan Kang Yuen, 90, on his 60-year career as a journalist

By C C PungJustice of Peace My old friend Chan...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img