Wednesday, July 23, 2025

Bukit Aman ambil alih kes 3 pemain bola sepak negara

KUALA LUMPUR: Bukit Aman membuat keputusan untuk mengambil alih siasatan kes yang melibatkan tiga pemain bola sepak negara, Akhyar Rashid, Faisal Halim dan Safiq Rahim.

Ini kerana kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato’ Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain, ia diklasifikasikan sebagai rentas kontinjen.

“Dalam dimensi lebih luas pihak polis ingin mengkaji sama ada serangan ke atas FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) sebulan lepas mempunyai kaitan juga dalam konteks serangan-serangan terhadap pemain kebangsaan ini,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman di sini pada Rabu.

Menurut beliau lagi, modus operandi suspek terhadap ketiga-tiga kes juga sama iaitu selang dua hari, dilakukan suspek secara berpasangan, dan mangsa diikuti sebelum serangan dibuat.

Pihaknya bagaimanapun masih mengenal pasti motif.

“Motif tidak dapat lagi. Serangan pertama menyebabkan kerugian, kedua kecederaan dan yang ketiga juga kerugian serta kerosakan kenderaan,” jelasnya.

Katanya daripada ketiga-tiga kes ini, dua supek telah ditahan.

Beliau turut mengingatkan pemain bola sepak liga kebangsaan yang lain supaya lebih berhati-hati, dan ambil langkah berjaga-jaga sekiranya merasakan ada sesuatu yang di luar kebiasaan.

Sumbat: PDRMsia_Official

Hot this week

A new wheel chair for senior citizen from Azis Jamman

Inanam Warisan officer Lewis Wong (2nd left) with other...

Align community-based tourism with global trend – Joniston

Joniston at the Program Jejak Kanser at Pekan Kiulu KIULU...

Anak Negeri calls for urgent re-audit and reform of underperforming Sabah state GLC

Trevor...Sabahans especially the young generation, deserve a better future...

Sabah must prioritise passengers safety and dignity at KKIA

Chin...use of aerobridge should be enforced at all Sabah...

Teddy Chin appointed Tuaran Hakka Association’s Advisor

Lo (right) presenting to Teddy (centre) his letter of...

Topics

Warisan Inanam approaches youth on 40 percent issue

Lewis Wong...hopes there will be good news when the...

Warisan Inanam dekati golongan muda mengenai isu 40 peratus

Lewis Wong...Ramai golongan muda masih tidak tahu dan faham...

KDM denies 100 members from Kemabong joined Warisan

Willie Jude...Harris Bolos is no longer KDM member, he...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img