Saturday, April 26, 2025

QSB terus beri sokongan kepada Sabah FC menerusi sumbangan RM500,000

Dr Yusof (kanan) menyampaikan replika cek RM500,000 kepada Mohd Joh.

KOTA KINABALU: Qhazanah Sabah Berhad (QSB) menyampaikan sumbangan korporat RM500,000 kepada Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) untuk pengurusan pasukan Sabah FC.

Replika cek disampaikan oleh Pengerusi QSB Datuk Dr Yusof Yacob kepada Pengarah Sabah FC Mohd Joh Wid.

Turut hadir Presiden SAFA yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Ir. Shahelmey Yahya serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan QSB Ahmad Rizal Dahli.

Dr Yusof berkata, sumbangan ini merupakan satu bentuk sokongan supaya sukan utama di negeri ini iaitu bola sepak dapat dikembangkan.

“Kita tahu sukan ini memerlukan dana dan hari ini Kumpulan QSB menyampaikan sumbangan RM500,000 kepada SAFA yang diputuskan oleh Lembaga Pengarah QSB dan yang mampu pada masa ini.

“Mudah-mudahan Insya Allah pada masa hadapan bila Qhazanah (QSB) dapat keuntungan bolehlah kita agih-agihkan lebih daripada itu,” katanya kepada media selepas selepas majlis penyerahan sumbangan yang diadakan sempena Majlis Aidilfitri dan Kaamatan Kumpulan QSB di Menara Kinabalu, hari ini.

Menurutnya, kumpulan QSB setiap tahun memberi sumbangan korporat kepada SAFA untuk pengurusan pasukan bola sepak Sabah FC.

Dr Yusof yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sindumin berkata, memang sekarang ini, QSB dalam proses transformsi atau mengubah startegi perniagaan baru.

“Ini termasuk mengaktifkan semua anak-anak syarikat sebagai pusat keuntungan dan akan menyumbang pendapatan kepada kumpulan QSB dan keseluruhannya nanti QSB akan menyumbang dividen kepada Kerajaan Negeri dan itu matlamat kita.

“Dan saya telah lihat kita punya potensi yang sangat besar dan sangat  baik. Insya Allah mudah-mudahan kita dapat laksanakan pada masa mendatang iaitu pada penggal keempat tahun ini kita sudah lihat apa yang sudah kita rancang dan laksana itu menjadi kenyataan,” katanya.

Sementara itu, Shahelmey berkata, sumbangan daripada QSB ini begitu bermakna sekali untuk SAFA khususnya untuk Sabah FC dalam membantu pengurusan kewangan Sabah FC menghadapi musim 2024-2-25.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada QSB terhadap sumbangan ini,” katanya.

Hot this week

Can Warisan snatch a simple majority victory going solo ?

Dr Kanul Gindol...there is a Sabah political party capable...

SAREC 25, platform for collaboration, innovation to drive Sabah transition toward a sustainable energy future – Dr Yusof

Yusof shakes hands with strategic partners, moderators, SAREC 2025...

Sandakan gearing up for Visit Malaysia 2026

SANDAKAN : - President of Sandakan Municipal Council (MPS)...

Ahli Majlis PBT perlu main peranan aktif majukan daerah – Hendrus

KOTA MARUDU : - Ahli-ahli majlis pihak berkuasa tempatan...

Joniston: Call for Sabah and Sarawak collaboration in cultural tourism

Datuk Joniston Bangkuai with Sarawak Deputy Minister of Youth,...

Topics

Can Warisan snatch a simple majority victory going solo ?

Dr Kanul Gindol...there is a Sabah political party capable...

Sandakan gearing up for Visit Malaysia 2026

SANDAKAN : - President of Sandakan Municipal Council (MPS)...

Ahli Majlis PBT perlu main peranan aktif majukan daerah – Hendrus

KOTA MARUDU : - Ahli-ahli majlis pihak berkuasa tempatan...

Joniston: Call for Sabah and Sarawak collaboration in cultural tourism

Datuk Joniston Bangkuai with Sarawak Deputy Minister of Youth,...

KDM set to generate a “green wave” effect in PBS and STAR’s stronghold in PRN

Dr Kanul Gindol...the political landscape in Sabah is unpredictable...

Sustainable Tourism and Conservation Efforts in Kinabatangan Remain KiTA’s Core Focus

Group Photo of President, Johnny (front, second left);Past President,...

Qhazanah Sabah Hari Raya celebration

The Qhazanah Sabah Group of Companies held its Hari...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img