Saturday, April 19, 2025

Curang, masalah kewangan antara punca keganasan rumah tangga

ACP Siti Kamsiah Hassan

PETALING JAYA: Curang, masalah kewangan dan panas baran dikenal pasti antara 11 punca berlakunya keganasan rumah tangga yang menyaksikan isteri menjadi mangsa penderaan suami sehingga ada yang mengalami masalah mental dan sanggup membunuh diri.

Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 12,324 kes membabitkan keganasan rumah tangga direkodkan di seluruh negara dalam tempoh lima tahun iaitu bermula 2019 hingga 2023.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, SAC Siti Kamsiah Hassan berkata, kes tertinggi yang pernah direkodkan adalah pada tahun 2022 iaitu sebanyak 2,752 kes.

Katanya, ini diikuti sebanyak 2,611 kes pada 2021, 2019 (2,529 kes), 2023 (2,382 kes) dan 2020 (2,050 kes).

“Rekod-rekod yang diterima PDRM juga mendapati terdapat 11 punca berlaku keganasan rumah tangga antaranya melibatkan salah faham, panas baran, masalah kewangan, mabuk dan pengaruh dadah.

“Punca-punca lain adalah perasaan cemburu, masalah anak, masalah keluarga, curang, proses perceraian dan masalah mental.

Sumber: PDRMsia_Official

Hot this week

Healthy lifestyle campaign to encourage new behaviour among UMS students

UMS Faculty of Social Sciences and Humanities Dean Professor...

SAREC 2025 to unlock new opportunities in Sabah renewable energy sector

KOTA KINABALU (: Qhazanah Sabah Berhad (QSB), a wholly-owned...

Mostly it is loss which teaches us about the worth of things

By C C PungJustice of Peace I used to reminisce...

Solution-Oriented Political Coalition to Build Sabah

By Chan Loong WeiDAPSY Sabah Chief KOTA KINABALU : -...

Jurulatih legenda bolasepak Sabah Stanley Chew cadang formula penuhkan stadium

Penulis bersama Stanley Chew dalam "kupi-kupi" di Tuaran baru-baru...

Topics

Comprehensive master plan for Sabah’s tourism sector – Joniston

KOTA KINABALU : - The Sabah Tourism, Culture, and...

Congratulations to Dr Jeffrey for getting RM5 milion to organise Kaamatan Festival 2025

By Datuk Michael Malanjun I wish to congratulate Datuk Seri...

Sabah Govt initiates tourism development for Pulau Berhala

Joniston...development to focus on 168 hectares of coastal area. KOTA...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img