Tuesday, June 24, 2025

Perayaan kaum di Sipitang perlu disusun untuk menarik kehadiran pengunjung – Dr Yusof

SIPITANG: Sambutan perayaan dan kebudayaan setiap kaum di daerah ini perlu disusun agar tidak bertindih sebagai usaha menarik kehadiran pengunjung secara berterusan sepanjang tahun.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob berkata, sambutan perayaan dan kebudayaan mengikut suku kaum merupakan antara produk pelancongan mampu menarik kehadiran pengunjung ke daerah ini.

Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad itu juga berkata terdapat beberapa kaum di daerah Sipitang antaranya Lundayeh, Kadayan, Brunei, Murut, Kadazan dan Bisaya.

“Setiap kaum ini ada sambutan perayaan dan kebudayaan masing-masing. Sebaiknya sambutan ini disusun bagi menarik kehadiran pengunjung secara berterusan khususnya dari luar ke daerah ini.

“Ini terutamanya dengan kedudukan Daerah Sipitang yang istimewa dekat dengan Sarawak, Labuan dan bersempadan dengan Kalimantan Indonesia dan Brunei,” katanya ketika merasmikan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Sipitang di Dewan Serbaguna Sipitang, pada Sabtu.

Hadir sama, Pegawai Daerah Sipitang Ak. Raimy Pg. Abdul Rahman, Pengerusi KDCA Daerah Sipitang Francis Japulis, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPD Polis Sipitang ASP Jamirin Kintai dan Ketua Daerah Sipitang OKK Daut Kassim.

Dr Yusof berkata, kehadiran pengunjung ke daerah ini khususnya ketika sambutan perayaan akan menjana pendapatan penduduk setempat.

Beliau juga memaklumkan telah menyatakan cadangan kepada Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Datuk Christina Liew until membawa pelancong dari China ke daerah ini ketika musim durian pada Ogos nanti.

Dalam pada itu, Dr Yusof mengajak semua rakyat negeri ini khususnya di daerah ini menolak elemen luar yang cuba memecahkan keharmonian hidup penduduk di negeri ini.

“Elemen-elemen negatif ini yang boleh memecah belah persefahaman masyarakat dan sesama kita harus ditolak demi perpaduan tanpa mengira kaum dan agama yang telah disemai selama ini di Sabah,” tegas beliau.

Dalam pada itu, Amanda Mabellove Piusai dinobatkan Unduk Ngadau Sipitang 2024 bagi mewakili pertandingan akhir Unduk Ngadau peringkat negeri di Pusat Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) di Penampang pada 31 Mei ini.

Tempat kedua, Petolena Sati Peter dan ketiga, Victoria Devbrithney Lasong.

Datin Azizah Beniamen, isteri kepada Dr Yusof menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Hot this week

MACC detains Sabah assistant minister linked to mining licenses issue

KOTA KINABALU : - The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC)...

Rural communities vulnerable to online scams, says assemblyman

SANDAKAN: Rural communities in Sabah continue to be exposed...

Isu tanah Kg Karamunting hampir selasai – George Hiew

SANDAKAN : - Isu pertikaian tanah yang berlarutan sejak...

English proficiency important skill for tourism and strong foundation for future employment

Datuk Joniston Bangkuai alongside Kota Kinabalu Rotary Club president...

Intense battle lies ahead for Merotai in the PRN hot seat

Datuk Ruji Ubi (left) retired CEO ESSCOM is likely...

Topics

Emin Madi: PGDK penghargaan amat besar Negeri Sabah untuk diri, Bernama

Emin menerima anugerah PGDK daripada Tun Musa Aman. KOTA KINABALU:...

Sabah on world map as  conservation hub

By Emin MadiKOTA KINABALU : -  The legacy of...

“Sabahan No 1” reflects BN’s true struggle

Salleh...BN does not rely on sentiments but on hard...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img