Friday, May 9, 2025

Poon Terima Kunjungan SSMJ: Fokus Isu Kemiskinan dan Perumahan

SANDAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Papat merangkap Pengerusi Sabah Development Berhad (SDB), Datuk Frankie Poon Ming Fung, telah menerima kunjungan hormat Ketua Pegawai Penyelaras Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ), Datuk Rosmadi Datu Sulai, dan rombongannya.

Pertemuan tersebut diadakan untuk membincangkan beberapa perkara penting, termasuk isu miskin tegar di kawasan Tanjong Papat, isu perumahan di bawah inisiatif SMJ, perancangan Blue Economy, dan lain-lain.

Perbincangan yang diadakan adalah sangat berhasil dan produktif.

Poon merakamkan penghargaan tinggi kepada sekretariat SMJ atas perkongsian maklumat dan input yang sangat berguna.

Beliau menegaskan bahawa maklumat tersebut adalah penting bagi memudahkan urusan untuk membantu rakyat dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.

“Saya amat menghargai usaha Sekretariat Sabah Maju Jaya dalam menyediakan data dan maklumat yang komprehensif. Ini membantu kami dalam merancang dan melaksanakan inisiatif yang bertujuan untuk mengurangkan kemiskinan tegar, memperbaiki keadaan perumahan, dan memajukan ekonomi dan kehidupan rakyat di kawasan Tanjong Papat,” kata Poon.

Turut hadir Ketua Pegawai Operasi SSMJ, Ramlee Bin Kariah, Pengarah SSMJ, Rosnih Binti Othman, Penolong Pengarah Izwan Izzudin, Oreynie Arlina Yeop, Mohd Shafiq, Pengurus Besar Trade and Investment Unit SDB Liau Fui Fui, Pengurus Kanan Ku Nyet Fan, dan PPM Tanjong Papat, Max Million Lee Yun Vui.

Hot this week

New chapter for Sabah journalism as first woman takes the helm of SJA

Mariah Doksil...First woman president of the Sabah Journalists Association KOTA...

PBT berperanan penting sebagai Kerajaan Peringkat Ketiga – Dr Joachim

PUTATAN : - Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri...

Sabah Wushu team gears up for national youth tournament

Negeri Sembilan here we come … Chin Kim Hiung...

275 tiang elektrik akan dipasang di 13 kampung di DUN Sindumin

Dr Yusof menyaksikan Madius menandatangi plak, simbolik perasmian Pejabat...

How many more journalists must die, RSF?

Rocky Bru...Despite killing over 200 journalists in Gaza, Israel...

Topics

Don’t expect Francis’ clone, every pope brings his own calling

Fr Gerard emphasised that each pope brings with him...

Calm and Moderation in GRS is paramount

Joniston...dissatisfaction must not be allowed to threaten the unity...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img