Sunday, June 1, 2025

Maritim Malaysia tahan dua bot lakukan pelbagai kesalahan

TAWAU : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menahan dua buah bot tempatan yang disyaki melakukan pelbagai kesalahan dalam dua tangkapan berasingan pada Rabu.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, dalam operasi yang dilaksanakan pihaknya telah berjaya mengesan dan memeriksa sebuah bot nelayan tempatan yang menjalankan aktiviti menangkap ikan di sekitar Perairan Merotai pada jam 11.30 pagi.

“Pemeriksaan ke atas bot yang ditahan di kedudukan 1.9 batu nautika barat daya Muara Sungai Merotai itu mendapati tiga lelaki pemegang pasport warga Indonesia berusia lingkungan 20 hingga 42 tahun mengendalikan bot tersebut.

“Pemeriksaan selanjutnya mendapati bot terbabit telah melakukan kesalahan dengan menjalankan aktiviti menarik pukat kurang dari jarak dua batu nautika daripada daratan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, sebuah lagi bot penumpang tempatan turut ditahan dan diperiksa oleh bot peronda Maritim Malaysia yang menjalankan operasi yang sama di lokasi 2.5 batu nautika selatan Batu Tiga Tawau pada jam 12.15 tengah hari.

Katanya, pemeriksaan ke atas sebuah bot penumpang yang membawa muatan 250 kilogram bawang Bombay itu mendapati seorang juragan lelaki warga tempatan berusia 27 tahun telah gagal mengisytihar muatan yang dibawa dan melanggar syarat sah lesen bot penumpang.

“Kedua-dua bot bersama muatan serta kesemua krew telah ditahan dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Tawau dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk disiasat di bawah Enakmen Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS) 2002, Akta Perikanan 1985 dan Akta Kastam 1967.

“Kesemua barangan termasuk kedua-dua bot dan muatan disita sehingga proses siasatan selesai. Nilai rampasan keseluruhan lebih RM120,000,” katanya.

Sementara itu, Shahrizan turut menegaskan kepada komuniti maritim setempat untuk mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan. 

Pihaknya juga tidak akan berkompromi jika didapati gagal mematuhi syarat sah lesen yang dikeluarkan.

“Maritim Malaysia akan terus memperkasakan tugas penguatkuasaan dan mengoptimumkan pengoperasian bagi membanteras aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang di Zon Maritim Malaysia khususnya di perairan Timur Sabah (ESSZONE).

“Salurkan sebarang salah laku jenayah yang berlaku di sekitar perairan Tawau ke Pusat Operasi Zon Maritim Tawau di talian 089-752116 dan talian MERS 999,” katanya.

Sumber: Maritim Malaysia

Hot this week

Atitih dinobatkan Unduk Ngadau Negeri Sabah 2025

Atitih (tengah) bersama Elka dan Celarin (kanan) Tati Evanatie Sannie...

Atitih Yatie Robert of Tamparuli is State Level Kaamatan Unduk Ngadau

Atitih (centre) with Elka (left), Celarin. PENAMPANG : - Atitih...

The Importance of Upholding Malaysia Agreement 1963 in State-Federal Relations

By Datuk James Ligunjang J.PFormer Sabah Assemblyman The Malaysia Agreement...

Anuwar: Solar streetlights for all Sabah villages

Anwar speaking to Pairin (right) while Hajiji (left) looks...

Topics

Atitih dinobatkan Unduk Ngadau Negeri Sabah 2025

Atitih (tengah) bersama Elka dan Celarin (kanan) Tati Evanatie Sannie...

Atitih Yatie Robert of Tamparuli is State Level Kaamatan Unduk Ngadau

Atitih (centre) with Elka (left), Celarin. PENAMPANG : - Atitih...

The Importance of Upholding Malaysia Agreement 1963 in State-Federal Relations

By Datuk James Ligunjang J.PFormer Sabah Assemblyman The Malaysia Agreement...

Anuwar: Solar streetlights for all Sabah villages

Anwar speaking to Pairin (right) while Hajiji (left) looks...

Pak Mus’ good pisang goreng comes from making it with love

By C C PungJustice of Peace Had ikan bakar, soto...

Corruption not tackled through perception, slander or insults – Anwar

Anwar arriving at Hongkod Koisaan to officiate the Sabah...

Stella Marris Kindergarten Kaamatan Celebrations

Sr Lucy (middle) with TSM teachers and pupils who...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img