Friday, July 11, 2025

Penubuhan JKDM di Sabah melanggar Perlembagaan dan Bertentangan dengan MA63 – Ansari

Datuk Haji Ansari Abdullah

KOTA KINABALU: Peguam Datuk Haji Ansari Abdullah berkata  menubuhkan JKDM di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar  adalah melanggar Perlembagaan.

Timbalan Presiden Parti Cinta Sabah itu pada Ahad berkata cadangan itu juga bertentangan dengan semangat dan teks Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC62) dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Ansari menerangkan  sejarah kerajaan tempatan dan pentadbiran di Sabah yang telah melalui beberapa peristiwa penting sejak tamatnya Perang Dunia Kedua seharusnya menjadi rujukan bagi menghormati semangat pejanjian Malaysia 1963(MA63).

Mengungkap balik sejarah, Kerajaan Sivil untuk Borneo Utara, yang kini dikenali sebagai Sabah, telah ditubuhkan semula pada 15 Julai 1946 iaitu selepas penyerahan tentera Jepun.

 Di bawah North Borneo Cession Order in Council  yang diwartakan pada 10 Julai 1946, ianya menjadikan Sabah sebagai “Koloni Borneo Utara,” termasuk Labuan.

Semasa zaman kolonial, Borneo Utara ditadbir oleh Gabenor, dibantu oleh Residen dan Pegawai Daerah.

Rangka kerja pentadbiran ini berkembang dengan penggubalan Ordinan Pentadbiran Luar Bandar (cap 132) pada 6 Disember 1951.

Ordinan ini membolehkan penubuhan  pihak berkuasa tempatan untuk kawasan bandar dan melantik Ketua-ketua Anak Negeri dan ketua kampung untuk kawasan luar bandar.

Walau bagaimanapun pada tahun 1961 pula , Ordinan Kerajaan Tempatan (Ordinan No. 11 tahun 1961) telah diluluskan, di mana ianya mewujudkan satu undang-undang berasingan bagi pentadbiran bandar dan luar bandar.

Selepas  pembentukan Malaysia dibuat, rakyat Sabah kemudiannya telah mengemukakan “20 Perkara” sebagai langkah perlindungan dimana kawalan ke atas kawasan kritikal seperti tanah, perhutanan, dan kerajaan tempatan dikekalkan di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah. 

Perlindungan ini dimasukkan ke dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan, khususnya dalam Senarai II (Senarai Negeri) perkara  4 dan Senarai IIA (Tambahan kepada Senarai Negeri untuk Negeri Sabah dan Sarawak) perkara 14.

Tambahnya  pada masa kini, pentadbiran luar bandar, termasuk pelantikan ketua kampung dan Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKKK), berada di bawah kawalan Pegawai Daerah, Datuk Bandar, Majlis Perbandaran, dan Majlis Daerah.

“Dalam erti kata lain, ia di bawah kawalan dan arahan Kerajaan Negeri Sabah, bukan Kerajaan Persekutuan,” tegas beliau.

Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri itu dilaporkan telah menyerahkan watikah pelantikan JKDM kepada Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang mewakili 132 pengerusi dan setiausaha jawatankuasa itu dari 66 kampung di Kinabatangan.

Pada Sabtu lalu, Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Ewon Benedick percaya penubuhan JKDM di Sabah lebih kepada inisiatif parti politik dan tidak melalui wakil rakyat di negeri ini.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi telah menjelaskan pandangannya yang tidak bersetuju dengan penubuhan JKDM apabila ia dibangkitkan di Kabinet.

Ewon yang juga Ahli Parlimen Penampang berkata, beberapa Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk Moyog dan Kadamaian tidak dibincangkan penubuhan JKDM.

Dalam pada itu, tambah Ansari lagi, cadangan ini juga dilihat sebagai tidak konsisten dengan janji Kerajaan MADANI untuk melaksanakan perjanjian IGC62/MA63 dan pengembalian kuasa kepada Sabah dan Sarawak.

Jika dilaksanakan, cadangan ini boleh mengurangkan kuasa dan tanggungjawab Kerajaan Negeri Sabah katanya lagi.

Hot this week

Joint PBS-STAR  Convention 2025 on Saturday

Joniston...the convention is aimed at strengthening cooperation to secure...

A book by Chan Kang Yuen, 90, on his 60-year career as a journalist

By C C PungJustice of Peace My old friend Chan...

100 years of Dr Mahathir and his legacy

By Datuk James  Ligunjang J.P Former State Assemblyman  While Social Activist...

Demography Under Siege – A Call to Action

Datuk Henrynus Amin delivering his policy speech during ANAK...

Court sets Aug 20 to hear Peter Anthony’s bid for review

Datuk Peter Anthony seeks review of conviction ahead of...

Topics

Joint PBS-STAR  Convention 2025 on Saturday

Joniston...the convention is aimed at strengthening cooperation to secure...

A book by Chan Kang Yuen, 90, on his 60-year career as a journalist

By C C PungJustice of Peace My old friend Chan...

100 years of Dr Mahathir and his legacy

By Datuk James  Ligunjang J.P Former State Assemblyman  While Social Activist...

Demography Under Siege – A Call to Action

Datuk Henrynus Amin delivering his policy speech during ANAK...

Court sets Aug 20 to hear Peter Anthony’s bid for review

Datuk Peter Anthony seeks review of conviction ahead of...

Hajiji will dreams about the best date to dissolve the State Assembly

Hajiji speaking to the media at the State Assembly...

KGKS supports the call for KPM to provide guidelines for instructions via social applications

Murkam...teachers shouldn't be unnecessarily disturpbed after working hours by...

Sabah’s 40% Entitlement Case: Full Hearing on Monday – July 7

Datuk James Ligunjang...members of the public encouraged to attend...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img