Monday, June 23, 2025

Mustapha Ketua PKR Sabah baharu, Timbalan Ketua Peto Galim

Datuk Mustapha Sakmud dan Peto Galim…Gandingan mantap

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Mustapha Sakmud pada Ahad ini dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) atau Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah yang baharu.

Pelantikan itu adalah bagi menggantikan Datuk Sangkar Rasam yang dilantik sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR.

Mustapha yang juga Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi mengesahkan perkara itu ketika ditanya mengenai perkembangan itu.

“Ya, baru diumumkan oleh Presiden,” katanya ketika dihubungi melalui aplikasi Whatsapp.

Selain Mustapha, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Inanam yang juga Ketua Cabang PKR Sepanggar, Peto Galim turut dilantik sebagai Timbalan Pengerusi MPN Sabah.

Pada Mac lalu, Ketua Cabang PKR Kota Marudu, Sazalye Donol Abdullah mengetuai 15 Ketua Cabang dari seluruh negeri menandatangani akuan bersumpah hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan Sangkar dan memintanya meletak jawatan secara terhormat.

Kumpulan itu turut meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Presiden PKR menimbangkan agar seorang pengerusi baharu dilantik sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17).

Dalam kenyataan balasnya selepas itu, Sangkar menyatakan enggan meletak jawatan dan menyerahkan kepada presiden untuk membuat keputusan.

Hot this week

MACC detains Sabah assistant minister linked to mining licenses issue

KOTA KINABALU : - The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC)...

Rural communities vulnerable to online scams, says assemblyman

SANDAKAN: Rural communities in Sabah continue to be exposed...

Isu tanah Kg Karamunting hampir selasai – George Hiew

SANDAKAN : - Isu pertikaian tanah yang berlarutan sejak...

English proficiency important skill for tourism and strong foundation for future employment

Datuk Joniston Bangkuai alongside Kota Kinabalu Rotary Club president...

Intense battle lies ahead for Merotai in the PRN hot seat

Datuk Ruji Ubi (left) retired CEO ESSCOM is likely...

Topics

Emin Madi: PGDK penghargaan amat besar Negeri Sabah untuk diri, Bernama

Emin menerima anugerah PGDK daripada Tun Musa Aman. KOTA KINABALU:...

Sabah on world map as  conservation hub

By Emin MadiKOTA KINABALU : -  The legacy of...

“Sabahan No 1” reflects BN’s true struggle

Salleh...BN does not rely on sentiments but on hard...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img