Thursday, April 24, 2025

Dakwan tidak berasas kata Kelab BBC GRS-PH Sabah

Dr Yusof…BBC GRS-PH Sabah yakin, Kerajaan Negeri terus memperjuangkan tuntutan 40 peratus itu.

KOTA KINABALU: Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Gabungan Rakyat Sabah (GRS)-Pakatan Harapan (PH) Sabah senada dan menyokong penuh keputusan Kerajaan Negeri yang ditegaskan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor bahawa tidak akan melepaskan hak asasi perlembagaan Negeri Sabah berhubung tuntutan 40 peratus pemberian hasil khas bersih dibawah perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.

Pengerusi BBC GRS-PH Sabah Datuk Dr Yusof Yacob berkata, dakwaan pihak tertentu bahawa Kerajaan Negeri tidak memperjuangkan tuntutan 40 peratus ini adalah tidak berasas sama sekali dan telah dijadikan modal politik oleh pihak tertentu.

Katanya, Kerajaan Negeri Sabah berada di landasan yang tepat dalam memperjuangkan tuntutan ini daripada Kerajaan Persekutuan dengan mengadakan beberapa siri rundingan menerusi Jawatankuasa Teknikal Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

“Hasilnya, Kerajaan Persekutuan terus mengambil perhatian perkara ini antaranya pemberian interim kepada Kerajaan Negeri dinaikkan kepada RM300 juta pada tahun 2023 berbanding hanya RM125.6 juta pada tahun 2022.

Kerajaan Negeri juga tidak berhenti dengan amanah yang diberikan dalam tuntutan 40 peratus pemberian khas hasil bersih dibawah Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.

“BBC GRS-PH Sabah yakin, Kerajaan Negeri terus memperjuangkan tuntutan ini dan pada masa sama menghormati tindakan pihak lain termasuk Persatuan Undang-Undang Sabah (SLS) memperjuangkan tuntutan 40 peratus ini menerusi prosiding undang-undang atau siapa sahaja yang mempunyai tujuan yang sama seperti pendirian kerajaan GRS.

“Dengan kerjasama dan persefahaman semua pihak tanpa mengira fahaman politik dalam tuntutan ini, kami yakin akan ada lagi perkembangan positif tuntutan 40 peratus Pemberian Khas Hasil Bersih dibawah Perlembagaan Persekutuan ini,” katanya dalam satu kenyataan bersama Ahli-Ahli BBC GRS-PH Sabah, hari ini. 

Tambahnya, BBC GRS-PH Sabah selaku Wakil Rakyat yang dipilih oleh rakyat akan sentiasa menyokong usaha Kerajaan Negeri Sabah untuk terus memperjuangkan tuntutan 40 peratus ini.

Menurutnya, BBC GRS-PH Sabah berpendirian dan meminta Kerajaan Negeri untuk terus melakukan tuntutan 40 peratus ini seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan yakin dengan kemampuan DSP Hajiji sebagai Ketua Menteri Sabah untuk melaksanakan tugas ini.

“Usaha pihak tertentu untuk memecahbelahkan perpaduan rakyat harus dibenteras. Kita adalah dibelakang kepimpinan Kerajaan Negeri mempertahankan tuntutan 40 peratus hasil Sabah seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963,” katanya.

Justeru itu, beliau berkata, BBC GRS-PH Sabah meminta Kerajaan Persekutuan terus memberikan perhatian dan menunaikan tuntutan ini dan pada masa sama merapatkan lagi hubungan sedia terjalin antara Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Persekutuan.

Hot this week

SAREC 25, platform for collaboration, innovation to drive Sabah transition toward a sustainable energy future – Dr Yusof

Yusof shakes hands with strategic partners, moderators, SAREC 2025...

Sandakan gearing up for Visit Malaysia 2026

SANDAKAN : - President of Sandakan Municipal Council (MPS)...

Ahli Majlis PBT perlu main peranan aktif majukan daerah – Hendrus

KOTA MARUDU : - Ahli-ahli majlis pihak berkuasa tempatan...

Joniston: Call for Sabah and Sarawak collaboration in cultural tourism

Datuk Joniston Bangkuai with Sarawak Deputy Minister of Youth,...

KDM set to generate a “green wave” effect in PBS and STAR’s stronghold in PRN

Dr Kanul Gindol...the political landscape in Sabah is unpredictable...

Topics

Sandakan gearing up for Visit Malaysia 2026

SANDAKAN : - President of Sandakan Municipal Council (MPS)...

Ahli Majlis PBT perlu main peranan aktif majukan daerah – Hendrus

KOTA MARUDU : - Ahli-ahli majlis pihak berkuasa tempatan...

Joniston: Call for Sabah and Sarawak collaboration in cultural tourism

Datuk Joniston Bangkuai with Sarawak Deputy Minister of Youth,...

KDM set to generate a “green wave” effect in PBS and STAR’s stronghold in PRN

Dr Kanul Gindol...the political landscape in Sabah is unpredictable...

Sustainable Tourism and Conservation Efforts in Kinabatangan Remain KiTA’s Core Focus

Group Photo of President, Johnny (front, second left);Past President,...

Qhazanah Sabah Hari Raya celebration

The Qhazanah Sabah Group of Companies held its Hari...

Joniston joins Muslims and Christians celebrating Hari Raya and Easter in Kg Parad

Datuk Joniston Bangkuai greets villagers during the joint Hari...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img