Saturday, July 26, 2025

Hyellene Danius, mewakili Inanam, dinobatkan Unduk Ngadau Kebangsaan 2024

PENAMPANG: Hyellene Danius, seorang guru, berjaya dinobatkan sebagai Unduk Ngadau Kaamatan (UNK) peringkat Kebangsaan 2024.

Hyellene berjaya menewaskan 50 peserta lain pada pertandingan Unduk Ngadau peringkat akhir yang berlangsung di Dewan Hongkod Koisaan Persatuan Kadazandusun (KDCA) di sini pada Jumaat.

Dengan kemenangan itu, Hyellene menerima hadiah wang tunai sebanyak RM12,000, crown, trofi, sash, jambangan bunga dan beberapa hadiah iringan yang lain.

Hadiah disampaikan isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah Toh Puan Norlidah RM Jasni dan turut diiringi isteri Ketua Menteri Datin Seri Juliah Salag.

Tempat kedua berjaya dimenangi Unduk Ngadau dari daerah Kiulu, Elldiwirna Saimen yang membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM10,000, trofi, jambangan bunga dan beberapa hadiah iringan.

Bagi pemenang tempat ketiga telah dimenangi Monicka Majin yang mewakili daerah Keningau dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM8,000, trofi, jambangan bunga serta hadiah iringan.

Selain itu, bagi pemenang tempat keempat berjaya dimenangi Unduk Ngadau mewakili KDCA Johor iaitu Romandawi Gapari yang membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM5,000, trofi dan jambangan bunga.

Pemenang tempat kelima, keenam dan ketujuh masing-masing dimenangi Liane Melve Grace Lias; Elviana Gunong dan Richella Kan Siang Feng.

Kesemua mereka masing-masing berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM4,000, RM3,000 dan RM2000 beserta trofi dan jambangan bunga.

Hadiah bagi tempat ketiga dan keempat disampaikan isteri Ketua Menteri Datin Seri Juliag Salag.

Manakala hadiah bagi tempat kelima hingga ketujuh disampaikan isteri Timbalan Ketua Menteri Datin Cecilia Edwin.

Hot this week

Hajiji to announce something ‘big’ on Sunday

Hajiji speaking to reporters after opening the Gagasan Rakyat's...

Sabah on the right track

Goh...Hajiji and his team deserve a strong mandate from...

Efficient water gravity system, upgrading Telibong Water Plant can solve  water shortage  in Inanam

Lewis... Residents are suffering, no rain means no water. Sungai...

Graviti air cekap, loji di Telibong mampu selesai isu air di Inanam: Lewis

Lewis Wong Sistem air graviti Kampung Kionsom kini ...

Topics

Hajiji to announce something ‘big’ on Sunday

Hajiji speaking to reporters after opening the Gagasan Rakyat's...

Sabah on the right track

Goh...Hajiji and his team deserve a strong mandate from...

Graviti air cekap, loji di Telibong mampu selesai isu air di Inanam: Lewis

Lewis Wong Sistem air graviti Kampung Kionsom kini ...

A new wheel chair for senior citizen from Azis Jamman

Inanam Warisan officer Lewis Wong (2nd left) with other...

Align community-based tourism with global trend – Joniston

Joniston at the Program Jejak Kanser at Pekan Kiulu KIULU...

Anak Negeri calls for urgent re-audit and reform of underperforming Sabah state GLC

Trevor...Sabahans especially the young generation, deserve a better future...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img