Tuesday, March 18, 2025

JKR diminta tukar kontraktor Pan Borneo Sindumin-Kampung Melalia

SIPITANG: Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah diminta membuat tindakan intervensi terhadap fasa pembinaan WP01 Lebuhraya Pan Borneo antara Sindumin dan Kampung Melalia yang gagal disiapkan mengikut jadual termasuk menukar kontraktor yang dilantik.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob berkata, projek pembinaan lebuhraya ini bermula 3 Disember 2019 dengan kos pembinaan RM483 juta dan sepatutnya disiapkan dalam tempoh 24 bulan iaitu pada 3 Disember 2021.

Katanya, sehingga hari ini, fasa pembinaan lebuhraya ini hanya mencapai 74 peratus dan kontraktor dilantik iaitu Juta Hajat dan Syarikat Kumpulan Kemajuan KK(Sabah) JV Sdn Bhd memohon lanjutan masa (Extension Of Time).

Menurutnya, kontraktor terlibat sudah empat kali memohon lanjutan masa iaitu pertama selama 70 hari, kedua (220 hari), ketiga (730 hari) dan keempat (267 hari) lalu dikaji semula untuk disiapkan pada 12 Jun 2025.

“Kita nampak banyak betul kelewetan sini dan meminta JKR dan konsultan supaya membuat intervensi menyelesaikan masalah ini. Jika penilaian JKR ikut prestasi lalu, maka kontraktor ini sudah empat kali membuat lanjutan masa yang menunjukkan kemampuan kontraktor ini adalah sukar untuk menyiapkan projek ini.

“Saya bagi pihak rakyat Sipitang tidak mahu fasa pembinaan Lebuhraya Pan Borneo (WP01) ini ditunda lagi. Jika perlu tukar kontraktor yang dilantik atau fasa pembinaan lebuhraya diambil alih kontraktor lain (penyelamat) supaya siap mengikut jadual. Saya tiada masalah dengan pihak kontraktor tetapi saya prihatin dengan penduduk Sipitang, pengguna harian laluan ini,” katanya di sini, pada Jumaat

Terdahulu, Dr Yusof yang juga Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad bersama Ahli Parlimen Sipitang Datuk Matbali Musah dan Pegawai Daerah Sipitang Ak Raimy Pengiran Abdul Rahman diberikan taklimat Fasa Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo WP01 sejauh 28.3 kilometer antara Sindumin hingga Kampung Melalia yang disampaikan oleh Wakil Pegawai Penguasa (WP01) JKR Sabah Suhaibun Matusin di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Sipitang.

Menurutnya, beliau bersama Matbali mengambil berat fasa pembinaan Lebuhraya Pan Borneo ini kerana ia penting kepada penduduk daerah Sipitang dan laluan ini merupakan kesinambungan Lebuhraya Pan Borneo dari Sarawak yang telah siap.

Beliau berkata, fasa pembinaan Lebuhraya Pan Borneo WP01 ini menerima keluhan daripada pengguna kerana dilaksanakan secara tidak profesional dan lewat disiapkan.

Katanya, faktor keselamatan pengguna tidak diberikan keutamaan ketika fasa pembinaan antaranya tidak diletakkan papan tanda arah khususnya dilaluan yang ada lencongan yang menyebabkan berlaku kemalangan jalan raya dan tersalah masuk laluan khususnya pemandu dari Brunei, Sarawak dan daerah lain.

“Laluan lencongan juga tidak diselenggara dengan baik dengan keadaan jalan raya berlubang, air hujan bertakung disebabkan tiada parit, jalan tidak rata yang membahayakan pengguna.

“Ketika ini boleh dilihat bilangan jentera dan pekerja di sepanjang pembinaan Lebuhraya Pan Borneo ini tidak mencukupi dan bagi pemindahan kemudahan tiang elektrik, paip air dan fiber optik (telekomunikasi) masih ada kawasan belum dilaksanakan,” katanya.

Dr Yusof berkata, jalan simpang masuk ke kawasan kampung dan rumah penduduk di sepanjang Lebuhraya Pan Borneo WP01 ini juga tidak diselenggara dengan baik.

Hot this week

30 Mac Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Tun Musa Aman

30 Mac diwartakan sebagai hari kelepasan am Sabah KOTA KINABALU ...

AI-enable robotic nurses in China

- By C C PungJustice of Peace Latest! AI-enabled robotic nurses...

Maintenance works in progress

Dear readers, The portal layout s currently under maintenance.

Sabah to get special consideration in citizenship amendments, says Dr Jeffrey Kitingan

KOTA KINABALU : — Special consideration will be given...

Kiulu launches rural tourism data pilot project 

Joniston together with Kiulu tourism players at the launching...

Topics

30 Mac Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Tun Musa Aman

30 Mac diwartakan sebagai hari kelepasan am Sabah KOTA KINABALU ...

AI-enable robotic nurses in China

- By C C PungJustice of Peace Latest! AI-enabled robotic nurses...

Maintenance works in progress

Dear readers, The portal layout s currently under maintenance.

Sabah to get special consideration in citizenship amendments, says Dr Jeffrey Kitingan

KOTA KINABALU : — Special consideration will be given...

Kiulu launches rural tourism data pilot project 

Joniston together with Kiulu tourism players at the launching...

Support PBS-STAR merger to strengthen political stability – Kalakau Untol

Kalakau...Now is the time to realise it. By Allan G...

KDM aims to establish Mini Sports Museum in Kiulu

Henry Saimpon…if we are in the government after PRN17 TUARAN:...

Discovering Heritage trees along Sandakan Heritage Trial

Dr Arthur, Lai, Wilson, Dr Joan and Lily. SANDAKAN :...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img