Tuesday, April 15, 2025

Ragu kualiti air, bawa sampel untuk Jabatan Air buat ujian – ADUN Karamunting

Datuk George Hiew…akan membentangkan masalah ini di sesi Dewan Undangan Negeri pada bulan depan meminta Kerajaan Negeri  untuk memberi perhatian kepada masalah bekalan air di Sandakan.

SANDAKAN: – Penduduk disini daerah yang ragu ragu tentang kualiti bekalan air mereka boleh membawa sampel air kepada pejabat Jabatan Air Sandakan untuk membuat ujian kualiti air.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting, Datuk George Hiew Vun Zin berkata beliau telah mendapat maklum tentang perkara tersebut selepas beliau berjumpa dengan jurutera Jabatan Air Sandakan, Alchemy Lobo October M Sabin pada Jumaat lalu.

Katanya, pihak Jabatan Air Sandakan mengalu-alukan penduduk setempat untuk membawa sampel air paip dari kawasan kediaman atau perniagaan mereka untuk membuat ujian jumlah pepejal terlarut atau total dissolved solids (TDS).

“Saya juga difahamkan kualiti air yang dibekalkan ke daerah Sandakan dari Loji Rawatan Air Segaliud adalah selamat dan menepati piawaian keselamatan Kementerian Kesihatan
Malaysia.”

“Jika pengguna mengesan masalah seperti TDS yang terlalu tinggi, boleh segera menghubungi pihak Jabatan Air Sandakan, kerana ada sesetengah pihak telah menggunakan isu ini untuk tujuan politik, yang menyebabkan keguasaran di kalangan penduduk setempat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan dakwaan bahawa terdapat racun perosak dan bahan kimia daripada kilang kelapa sawit berdekatan dengan Sungai Segaliud, George berkata pihak Jabatan Air telah memberi jaminan bahawa kualiti bekalan air daripada Loji Rawatan Air Segaliud adalah diuji setiap hari, dan disahkan selamat sebelum ia diagihkan kepada pengguna.

“Namun, saya difahamkan masih terdapat isu di Stesen Loji Rawatan Air Segaliud iaitu kemudahan dan infrastruktur yang perlu dinaiktaraf segera. Perkara tersebut telah diminta oleh pihak Jabatan Air selama bertahun-tahun, namun masih belum selesai.

“Saya akan membentangkan masalah ini di sesi Dewan Undangan Negeri pada bulan depan, dan meminta Kerajaan Negeri Sabah, Ketua Menteri dan Menteri Kerja Raya untuk memberi perhatian kepada masalah bekalan air di Sandakan dan segerakan peruntukan untuk kerja naiktaraf ini,” katanya.

Dalam masa itu, berhubung dengan masalah tekanan air rendah di kawasan Karamunting termasuk Bandar Ramai-Ramai, Pasir Putih dan Bandar Namtung sejak bulan Febuari tahun ini, George telah meminta pihak Jabatan Air Sandakan untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan kadar segera.

Katanya, pihak Jabatan Air telah memaklumkan bahawa masalah tersebut berpunca daripada takungan air di kawasan Hilltop yang tidak mencukupi akibat musim kemarau yang berpanjangan.

Kawasan takungan air tersebut kini terpaksa ditambah dengan pengepaman air dari Sungai Segalliud.

Namun, Jabatan Air telah berjanji akan giat mencari punca masalah tekanan air yang masih rendah, dan menyelesaikan masalah tersebut secepat mungkin, katanya.

Hot this week

Time for “political bravery” to be demonstrated in Sabah

Shafie Apdal...Sabah does not need more promises. Sabah needs...

Fitting heart felt tribute for Tun Abdullah Ahmad Badawi

By Datuk Kalimullah Hassan I said goodbye to Tun Abdullah...

PBS fokus pastikan GRS kekal terajui Sabah – Dr Joachim

KIULU :  - Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS),...

Time to bury the hatchet, says Salleh.

SEMPORNA : Sabah UMNO Treasurer Datuk Seri Dr Salleh...

Joseph Alex Chang to defend his Penampang PKR chief post

PENAMPANG : Penampang PKR chief Joseph Alex Chang has...

Topics

Time for “political bravery” to be demonstrated in Sabah

Shafie Apdal...Sabah does not need more promises. Sabah needs...

Fitting heart felt tribute for Tun Abdullah Ahmad Badawi

By Datuk Kalimullah Hassan I said goodbye to Tun Abdullah...

PBS fokus pastikan GRS kekal terajui Sabah – Dr Joachim

KIULU :  - Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS),...

Time to bury the hatchet, says Salleh.

SEMPORNA : Sabah UMNO Treasurer Datuk Seri Dr Salleh...

Joseph Alex Chang to defend his Penampang PKR chief post

PENAMPANG : Penampang PKR chief Joseph Alex Chang has...

Huge potential for Kiulu to become sports and tourism hub

Datuk Joniston Bangkuai unveiling the 1st Kiulu Open Athletics...

Warga emas OKU dibantu bina tempat berteduh selepas kehilangan tempat tinggal

SANDAKAN : Seorang wanita warga emas orang kurang upaya...

The Way Forward for MA63 to Improve Sabah’s Economy

By Datuk James LigunjangJustice of Peace SINCE the establishment of...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img