Saturday, July 12, 2025

Setiap perayaan mampu mengukuhkan perpaduan di antara kaum – George Hiew

SANDAKAN: – Datuk George Hiew Vun Zin merayakan perayaan semua kaum di kawasan beliau, termasuk perayaan yang disambut oleh masyarakat Islam, walaupun beliau bukan beragama Islam.

Ahli Dewan Undangan Negeri bagi Karamunting itu berkata, “Di Sabah, terutamanya di kawasan saya, adalah menjadi suatu tradisi untuk penduduk pelbagai kaum dan agama untuk merayakan perayaan sesama sendiri, walaupun mereka berlainan bangsa dan agama.”

Katanya, beliau juga bertanggungjawab untuk meneruskan tradisi dan kebiasaan ini, dan meraikan Hari Raya Aidiladha bersama penduduk setempat di kawasannya.

“Perayaan-perayaan seperti ini dapat digunakan untuk meneruskan dan memperkukuhkan lagi semangat perpaduan di antara penduduk setempat apabila semua rakyat meraikan perayaan tersebut bersama-sama,” katanya.

Dalam masa itu, pada hari Khamis yang lalu (13 Jun), George telah mengagihkan 4,000 pek daging lembu kepada kesemua kawasan perkampungan di kawasan Karamunting yang meliputi 12 buah perkampungan bersempena dengan Hari Raya Aidiladha yang bakal menjelang.

Beliau berkata sumbangan beliau adalah diharapkan akan menambah makna perayaan Hari Raya Haji kepada penduduk di kawasan beliau, di samping menyampaikan niat ikhlas daripada beliau sebagai wakil rakyat di kawasan Karamunting.

Program tersebut diadakan setiap tahun di kawasan Karamunting sejak George menjadi wakil rakyat di kerusi tersebut.

Beliau juga akan meluangkan masa untuk menghadiri jemputan rumah terbuka di kawasan beliau pada Hari Raya Aidiladha.

“Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua penduduk Islam di kawasan Karamunting. Semoga semua dapat merayakan hari yang bermakna ini bersama keluarga yang yang tersayang,” tambahnya.

Hot this week

Keningau to host the first Dusunic Sabah Carnival in August

Lawrence Gimbang...the carnival encourage the use of Dusunic language...

Honouring Sabah’s rights dispel suspicion, lead to a harmonious and united Malaysia

Joniston..The 'Rumah Kita, Kita Jaga' slogan is not anti-Federal...

Sekolah Visi Sandakan Cemerlang di BIICC 2025 Kuching, Sarawak

Pemenang Anugerah Pingat Emas 5 Emas, 2 Perak, 7 Gangsa...

PIBG digesa jadi nadi suara Wakil Rakyat

Joniston bersama wakil wakil 24 PIBG yang menerima...

Joint PBS-STAR  Convention 2025 on Saturday

Joniston...the convention is aimed at strengthening cooperation to secure...

Topics

A book by Chan Kang Yuen, 90, on his 60-year career as a journalist

By C C PungJustice of Peace My old friend Chan...

100 years of Dr Mahathir and his legacy

By Datuk James  Ligunjang J.P Former State Assemblyman  While Social Activist...

Demography Under Siege – A Call to Action

Datuk Henrynus Amin delivering his policy speech during ANAK...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img