Wednesday, July 23, 2025

Hajiji sempurnakan Program Ibadah Qurban IPD Tuaran

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor bersama Datuk Jahid Jahim, Datuk Wilfred Madius Tangau, Datuk Jasnih Daya dan Datuk Joniston  Bangkuai secara simbolik menyerahkan lembu kepada Ketua Polis Daerah Tuaran, Supt. Noraidin Awang Maidin pada Program Ibadah Qurban IPD Tuaran pada Isnin.

TUARAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyempurnakan Program Ibadah Qurban Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran pada Isnin.

Beliau bersama Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri, Datuk Jahid Jahim,
Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Joniston Bangkuai yang juga ADUN Kiulu, Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau dan ADUN Pantai Dalit, Datuk Jasnih Daya secara simbolik menyerahkan lembu korban kepada Ketua Polis Daerah Tuaran, Supt. Noraidin Awang Maidin.

Hajiji yang juga ADUN Sulaman turut beramah mesra dengan anggota dan keluar IPD Tuaran serta tetamu lain yang hadir.

Bercakap kepada media, Hajiji berkata Hari Raya Aidiladha memberi keinsafan kepada
umat Islam bukan sahaja mencari keredahan Allah SWT, tetapi semangat dan ibadah korban menjadi pengajaran untuk peduli kepada golongan yang kurang berkemampuan.

Katanya, selepas solat sunat Hari Raya Aidiladha, umat Islam akan mengadakan ibadah korban masing-masing, terutama mereka yang mempunyai niat untuk bersedekah korban.

“Tetapi yang penting ialah semangat dan niat kepedulian kita kepada masyarakat yang kurang berkemampuan”, katanya.

Terdahulu, Hajiji menunaikan solat sunat Hari Raya Aidiladha 1445H/2024M di Masjid Haji Noor Kampung Serusop bersama kira-kira 1,000 jemaah.

Beliau turut menyertai jemaah mengalunkan takbir bersama-sama Pengarah JAKIM Cawangan Sabah, Datuk Norjeli Dais dan Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri, Datuk Haji Abdul Kassim Razali.

Hajiji juga meluangkan masa beramah mesra dengan para jemaah selepas selesai solat pada jam 8.30 pagi, sebelum menghadiri Program Ibadah Korban di IPD Tuaran.

Hot this week

A new wheel chair for senior citizen from Azis Jamman

Inanam Warisan officer Lewis Wong (2nd left) with other...

Align community-based tourism with global trend – Joniston

Joniston at the Program Jejak Kanser at Pekan Kiulu KIULU...

Anak Negeri calls for urgent re-audit and reform of underperforming Sabah state GLC

Trevor...Sabahans especially the young generation, deserve a better future...

Sabah must prioritise passengers safety and dignity at KKIA

Chin...use of aerobridge should be enforced at all Sabah...

Teddy Chin appointed Tuaran Hakka Association’s Advisor

Lo (right) presenting to Teddy (centre) his letter of...

Topics

Warisan Inanam approaches youth on 40 percent issue

Lewis Wong...hopes there will be good news when the...

Warisan Inanam dekati golongan muda mengenai isu 40 peratus

Lewis Wong...Ramai golongan muda masih tidak tahu dan faham...

KDM denies 100 members from Kemabong joined Warisan

Willie Jude...Harris Bolos is no longer KDM member, he...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img