Monday, July 21, 2025

Bermula Ogos tiada lagi beg plastik untuk pembeli di Kota Kinabalu

Datuk Seri Sabin…melibatkan 6 buah pasar dalam bangunan dan 44 tapak pasar luar bangunan.

KOTA KINABALU : –  Penggunaan beg plastik khususnya di sekitar bandaraya Kota Kinabalu tidak akan diberikan sepenuhnya kepada pembeli bermula Ogos depan.

Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Sabin Samitah berkata, kempen ‘Bawa Beg Bah’ (3B) yang kini memasuki fasa keempat pelaksanaan adalah bertujuan mengurangkan penggunaan beg plastik konvensional.

“Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) juga sedang dalam usaha untuk mengembangkan Kempen 3B ke fasa keempat pelaksanaannya.

“Fasa ini melibatkan pasar dalam dan luar bangunan dibawah pengurusan DBKK yang terdiri daripada enam buah pasar dalam bangunan dan 44 tapak pasar luar bangunan.

“Sementara itu, fasa kelima iaitu fasa terakhir kempen ini yang dijangka bermula pada Ogos akan menambah bilangan hari daripada tiga hari kepada tujuh hari seminggu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutupan sambutan hari alam sekitar sedunia peringkat bandaraya Kota Kinabalu di sini pada Rabu.

Sabin berkata, pihaknya berharap melalui kempen itu ianya dapat menggalakkan amalan hijau melalui konsep 3R (Reduce, Reuse dan Recycle) dalam kalangan warga Kota Kinabalu.

Dalam pada itu, Sabin berkata, DBKK juga serius dalam menguatkuasakan undang-undang kecil bagi memastikan tahap kebersihan, keteraturan dan kesihatan Bandaraya Kota Kinabalu berada pada tahap yang baik.

Katanya, bagi tempoh bermula Januari hingga Mei tahun ini, pelbagai aktiviti penguatkuasaan telah dijalankan.

“Antaranya, pelaksanaan sebanyak 305 operasi penguatkuasaan Undang-undang Kecil Anti Sampah Sarap, dengan kompaun sejumlah 1507 telah dikeluarkan atas kesalahan membuang sampah di merata-rata tempat.

“Selain itu,pemeriksaan dan pengredan sebanyak 954 premis makanan. Daripada jumlah ini sebanyak 291 premis mendapat Gred A, 658 premis mendapat Gred B dan 5 premis mendapat Gred C.

“Sebanyak 194 kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan yang melanggar syarat lesen dan kriteria dalam pemeriksaan kebersihan premis makanan. Sebanyak 240 premis telah menjalankan kawalan makhluk perosak (pest control),” katanya.

Tambahnya, turut dilaksanakan penarafan kebersihan tandas premis makanan.

“Sebanyak 583 tandas diperiksa, daripada jumlah ini sebanyak 125 tandas memenuhi keperluan tandas Bersih, Menawan dan Wangi (BMW) (taraf 4 bintang dan ke atas), 458 tandas mendapat taraf 3 bintang ke bawah,” katanya.

Hot this week

Sabah must prioritise passengers safety and dignity at KKIA

Chin...use of aerobridge should be enforced at all Sabah...

Teddy Chin appointed Tuaran Hakka Association’s Advisor

Lo (right) presenting to Teddy (centre) his letter of...

Warisan Inanam approaches youth on 40 percent issue

Lewis Wong...hopes there will be good news when the...

Warisan Inanam dekati golongan muda mengenai isu 40 peratus

Lewis Wong...Ramai golongan muda masih tidak tahu dan faham...

KDM denies 100 members from Kemabong joined Warisan

Willie Jude...Harris Bolos is no longer KDM member, he...

Topics

Sabah must prioritise passengers safety and dignity at KKIA

Chin...use of aerobridge should be enforced at all Sabah...

Teddy Chin appointed Tuaran Hakka Association’s Advisor

Lo (right) presenting to Teddy (centre) his letter of...

Warisan Inanam approaches youth on 40 percent issue

Lewis Wong...hopes there will be good news when the...

Warisan Inanam dekati golongan muda mengenai isu 40 peratus

Lewis Wong...Ramai golongan muda masih tidak tahu dan faham...

KDM denies 100 members from Kemabong joined Warisan

Willie Jude...Harris Bolos is no longer KDM member, he...

Bullies should face severe penalties, says KGKS president

Murkam...perpetrators to be apprehended and face appropriate consequences. KOTA KINABALU...

Kaamatan bakal diangkat sebagai Khazanah Negara

Shalom (duduk kanan) bergambar bersama jawatankuasa pakar warisan adat...

Solo sojourn?

By Datuk Philip GolingaiThe Star's Senior News Editor “SOLO” was...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img