Tuesday, April 15, 2025

KM: Produk pelancongan baharu akan diperbanyakkan

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor di Majlis Pecah Tanah Tawau International Cultural Centre (TICC), di tapak pembinaan TICC, Sabindo, di Tawau pada Sabtu.

TAWAU: Kerajaan negeri kini sedang merangka pelbagai projek pelancongan dalam pelbagai aspek di seluruh Sabah, antara usaha mencipta lebih banyak lagi produk pelancongan baharu di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, berkata usaha ini diambil bagi memperbanyakkan lagi produk pelancongan yang boleh diketengahkan kepada pengunjung termasuk berkaitan kebudayaan.

“Seperti di Tawau, kerajaan akan melaksanakan beberapa projek pelancongan seperti yang dicadangkan melalui Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri untuk membangunkan lagi sektor pelancongan di daerah ini.

“Antaranya, membina sebuah resort baharu di Tawau Hills Park yang merangkumi chalet, laluan pejalan kaki, kolam air panas dan menempatkan Pusat Penyelidikan
Tenggiling. Selain itu, kerajaan melalui Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri juga akan menaik taraf kemudahan seperti Jeti Tawau yang membawa pelancong dari Tawau ke Semporna.

“Tawau yang juga pintu masuk pengunjung ke Taman Laut Tun Sakaran yang popular di Semporna, telah merekodkan seramai 25,684 pelawat dari dalam dan luar negara dalam tempoh Januari hingga April lalu.

Sehingga kini, terdapat 115 kekerapan penerbangan mingguan dengan 20,200 kapasiti tempat duduk menghubungkan Tawau ke Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Sandakan. Sehingga 15 Jun tahun ini juga, terdapat 32 penerbangan sewa khas dari Nanjing dan Guangzhou, China ke Tawau,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Tawau International Cultural Centre (TICC) di tapak pembinaan TICC, Sabindo, di sini pada Sabtu.

Mengenai majlis itu, Hajiji berkata pembinaan TICC sebagai mercu tanda baharu di Tawau, pasti akan menjadi tarikan pelancong ke daerah itu.

“Oleh itu,pembinaan TICC itu tepat pada masanya dan sudah pasti apabila siap kelak, ia akan menjadi tempat penganjuran pelbagai acara kebudayaan termasuk Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau (FKAT).

Sudah pasti dengan adanya tarikan-tarikan pelancongan baharu ini, ia akan membantu kita mencapai sasaran 3 juta pelancong ke Sabah pada tahun ini.

“Berdasarkan statistik Lembaga Pelancongan Sabah, seramai 1.004 juta pelancong datang ke Sabah setakat bulan Januari hingga April tahun ini dengan membabitkan 396,584 pelancong antarabangsa dan 607,371 pelancong domestik. Keadaan ini amat memberangsangkan kerana dalam tempoh Januari-April ini, anggaran resit pelancongan adalah sebanyak RM2.23 bilion.

“Pembinaan pusat ini antara persiapan Tawau sebagai bandar paling dekat dengan ibu kota negara Indonesia yang akan berpindah ke Nusantara, yang pastinya akan merancakkan lagi perdagangan dan pelancongan di daerah ini,” katanya.

Sementara itu, TICC bangunan satu tingkat dua blok itu yang akan menjadi tempat untuk mempromosikan kebudayaan turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan antaranya dewan konvensyen, bilik seminar dan mini teater.

Hot this week

Dennison Indang sokong cadangan penubuhan Unit Khas Pemantau Projek Rancangan Malaysia di Sabah

Dennison...Satu langkah yang amat tepat dan wajar dilaksanakan dengan...

Time for “political bravery” to be demonstrated in Sabah

Shafie Apdal...Sabah does not need more promises. Sabah needs...

Fitting heart felt tribute for Tun Abdullah Ahmad Badawi

By Datuk Kalimullah Hassan I said goodbye to Tun Abdullah...

PBS fokus pastikan GRS kekal terajui Sabah – Dr Joachim

KIULU :  - Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS),...

Time to bury the hatchet, says Salleh.

SEMPORNA : Sabah UMNO Treasurer Datuk Seri Dr Salleh...

Topics

Dennison Indang sokong cadangan penubuhan Unit Khas Pemantau Projek Rancangan Malaysia di Sabah

Dennison...Satu langkah yang amat tepat dan wajar dilaksanakan dengan...

Time for “political bravery” to be demonstrated in Sabah

Shafie Apdal...Sabah does not need more promises. Sabah needs...

Fitting heart felt tribute for Tun Abdullah Ahmad Badawi

By Datuk Kalimullah Hassan I said goodbye to Tun Abdullah...

PBS fokus pastikan GRS kekal terajui Sabah – Dr Joachim

KIULU :  - Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS),...

Time to bury the hatchet, says Salleh.

SEMPORNA : Sabah UMNO Treasurer Datuk Seri Dr Salleh...

Joseph Alex Chang to defend his Penampang PKR chief post

PENAMPANG : Penampang PKR chief Joseph Alex Chang has...

Huge potential for Kiulu to become sports and tourism hub

Datuk Joniston Bangkuai unveiling the 1st Kiulu Open Athletics...

Warga emas OKU dibantu bina tempat berteduh selepas kehilangan tempat tinggal

SANDAKAN : Seorang wanita warga emas orang kurang upaya...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img