Tuesday, July 1, 2025

Pembangunan SOGIP bakal merubah landskap daerah Sipitang

Dr Yusof (kiri) ketika hadir di majlis menandatangani perjanjian kerjasama antara SOGDC dan Gibson yang disaksikan oleh Ketua Menteri Sabah, semalam.

KOTA KINABALU: Pembangunan bersama kemudahan minyak dan gas di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) oleh Sabah Oil and Gas Development Corporation Sdn Bhd (SOGDC) dan Gibson Shipbroker Ltd bakal mengubah landskap daerah Sipitang.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob menyambut baik pembangunan bersama SOGDC dan Gibson itu dan pada masa sama mahu perjanjian yang dimetrai oleh kedua-dua pihak iu direalisasikan.

“Ia sudah tentu akan mewujudkan peluang pekerjaan dan kita mahu rakyat Sipitang diberikan keutamaan mana-mana bidang pekerjaan yang wujud,” katanya bagi mengulas perjanjian kerjasama antara SOGDC dan Gibson yang disaksikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor di Menara Kinabalu, semalam.

Perjanjian itu membuka jalan kepada pembangunan bersama kemudahan minyak dan gas di SOGIP termasuk pembinaan jeti khas, terminal simpanan hidrokarbon darat, loji janakuasa terapung, operasi bunkering LNG dan kapal pengangkut LNG yang dijangka menjana 1,600 pekerjaan.

Di majlis sama, SOGDC dan Gibson turut menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) secara digital untuk bekalan bahan mentah dengan Aramco Trading Singapore Pte Ltd bagi memastikan sumber mampan bagi projek berkenaan.

Dr Yusof yang juga Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad (QSB) meminta supaya warga Sipitang dilibatkan dalam peluang pekerjaan yang wujud dari peringkat pembersihan hinggalah ke peringkat jurutera

“Ini sudah saya cadangkan kepada Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan (Pengerusi SOGDC) dan beliau bersetuju. Kita minta berapa jurutera diperlukan dan juruteknik diperlukan.

“Saya dimaklumkan projek ini dijangka akan mengambil masa tiga tahun untuk dimulakan. Jadi sementara itu saya uar-uarkan ataupun kenal pasti calon-calon yang sesuai,” katanya sambil menambah untuk diadakan satu karnival pengambilan pekerja untuk projek ini kelak.

Pada masa sama, Dr Yusof menyifatkan secara keseluruhannya projek ini ada baik dan buruk tetapi mahu ia direalisasikan agar memberi manfaat kepada daerah Sipitang khususnya menjana ekonomi seperti aktiviti perniagaan dan perumahan.

Menurutnya, beliau selalu menyatakan rakyat di Sipitang untuk bersedia dengan impak pembangunan menerusi SOGIP.

Hot this week

The Ambalat Agreement and Its Benefits for Sabah

By Datuk James Ligunjang J.PFormer Assemblyman CONTRARY to Daniel John...

Hajiji: No immediate action against Dr Yusof, Andi pending legal process

GRS government will not interfere in court case involving...

2 assemblymen, a businessman pleaded not guilty to corruption

Sindumin assemblyman Datuk Dr Yusof Yacob (left) seen arriving...

Dr Jeffrey denies RM1.78 million mining scandal claim

Mulls legal action against news outlet, saying anonymous whistleblower...

PKR Penampang puji sikap PM

Joseph Chang...sikap Perdana Menteri menunjukkan keperibadian terpuji. PENAMPANG: PKR cabang...

Topics

The Ambalat Agreement and Its Benefits for Sabah

By Datuk James Ligunjang J.PFormer Assemblyman CONTRARY to Daniel John...

Hajiji: No immediate action against Dr Yusof, Andi pending legal process

GRS government will not interfere in court case involving...

2 assemblymen, a businessman pleaded not guilty to corruption

Sindumin assemblyman Datuk Dr Yusof Yacob (left) seen arriving...

Dr Jeffrey denies RM1.78 million mining scandal claim

Mulls legal action against news outlet, saying anonymous whistleblower...

PKR Penampang puji sikap PM

Joseph Chang...sikap Perdana Menteri menunjukkan keperibadian terpuji. PENAMPANG: PKR cabang...

Six more Sabah politicians implicated in corruption

KOTA KINABALU : - Six more politicians in Sabah...

Judicial review – Peter Anthony’s fate will be known on July 9

KOTA KINABALU : - The fate of former Sabah...

MCA Libaran Urges PM to Review New SST Implementation

Chin...list of taxable goods to over 4,000 items would...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img