Tuesday, July 15, 2025

Dr Yusof kekalkan jawatan Presiden PAADIAN

Dr Yusof (tengah) bersama AMT PAADIAN Sesi 2024-2026.

Dr Yusof menyerahkan sijil penghargaan kepada Datuk Osman Ahmed

SIPITANG: Ahli Dewan Undangan Negeri Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob mengekalkan jawatan Presiden Persatuan Kadayan Sabah (PAADIAN) bagi Sesi 2024-2026 pada Mesyuarat Agung persatuan itu di sini, semalam.

Beliau menang tanpa bertanding untuk jawatan itu dan begitu juga untuk jawatan Timbalan Presiden yang disandang oleh Ramlee Kariah, Ketua Pegawai Operasi Sekretariat Sabah Maju Jaya.

Tiga jawatan Naib Presiden yang dipertandingkan dimenang oleh Sani Gapar, Rafie Isa dan Saridun Mohd Jinin.

Manakala, jawatan Ahli Majlis Tertinggi dimenangi oleh Ramawi Palil, Adnan Othman, Ibrahim Muksin, Zaliha Baha, Azrin Sohaini, Jakaria Nayan, Azlinah Arif, Mohammad Zulfadhli Amir, Mohd Fauzi Jusmi dan Raimah Mahdin.

Berucap pada majlis itu, Dr Yusof yang juga Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad mahu visi persatuan itu mempertahan adat resam, budaya dan memartabatkan bangsa kadayan terus diberi tumpuan.

Katanya, dalam aspek adat resam dan budaya ini, tarian kebudayaan dan muzik dan perlu diperkasakan menerusi pelbagai platform sesuai dengan perkembangsan semasa khususnya menerusi penggunaan sosial media.

“Manakala dalam aspek Bahasa, percakapan dan loghat Kadayan itu perlu dipraktikkan oleh anak-anak muda khususnya di rumah,” katanya.

Beliau berkata, bagi memartabatkan bangsa Kadayan itu memerlukan anak-anak kadayan bersaing terutama di sektor awam dan swasta dengan menyandang jawatan penting.

Justeru itu, menurutnya, semua ahli persatuan perlu memainkan peranan dengan memberi sokongan dan peranan dalam apa jua aktiviti yang dilaksanakan oleh persatuan bagi memastikan PAADIAN tidak ketinggalan dengan persatuan berasaskan kaum yang lain di negeri ini.

Pada masa sama, Dr Yusof berharap perbezaan fahaman politik tidak memecah belahkan kesatuan kalangan ahli persatuan itu demi memartabatkan bangsa Kadayan.

Katanya, pendirian PAADIAN adalah menyokong kerajaan pada hari ini.

Hot this week

PBS, STAR should prioritise youth aspirations in choosing candidates for 2025 State Elections

Prem Bechile Kitingan KOTA KINABALU : - The leadership of...

Belia Kiulu diiktiraf atas sumbangan kepada komuniti

Joniston bersama belia yang menerima anugerah pembangunan komuniti di...

Kiulu youth recognised for community impact

Joniston with youth at the Santai Pitimungan Belia Kiulu...

Strong sentiment for GRS to go solo in the coming State election

Dr Jeffrey (left) and Dr Joachim during the press...

Want to collaborate, PH have to use GRS symbol in PRN17 – Dr Joachim

PENAMPANG : Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, the acting...

Topics

Belia Kiulu diiktiraf atas sumbangan kepada komuniti

Joniston bersama belia yang menerima anugerah pembangunan komuniti di...

Kiulu youth recognised for community impact

Joniston with youth at the Santai Pitimungan Belia Kiulu...

Strong sentiment for GRS to go solo in the coming State election

Dr Jeffrey (left) and Dr Joachim during the press...

Want to collaborate, PH have to use GRS symbol in PRN17 – Dr Joachim

PENAMPANG : Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, the acting...

Keningau to host the first Dusunic Sabah Carnival in August

Lawrence Gimbang...the carnival encourage the use of Dusunic language...

Honouring Sabah’s rights dispel suspicion, lead to a harmonious and united Malaysia

Joniston..The 'Rumah Kita, Kita Jaga' slogan is not anti-Federal...

Sekolah Visi Sandakan Cemerlang di BIICC 2025 Kuching, Sarawak

Pemenang Anugerah Pingat Emas 5 Emas, 2 Perak, 7 Gangsa...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img