Saturday, April 26, 2025

Qhazanah sumbang tilam dan bantal kepada mangsa banjir di Sipitang

Dr Yusof menyampaikan sumbangan tilam dan bantal dari QSB kepada penerima di Kampung Bahagia.

SIPITANG: Seramai 103 keluarga yang terjejas banjir di Sipitang menerima sumbangan tilam dan bantal daripada Qhazanah Sabah Berhad (QSB).

Pengerusi QSB yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob menyampaikan sumbangan tersebut kepada sebahagian penerima di Kampung Bahagia, semalam.

Beliau juga menyampaikan bakul makanan yang disumbangkan oleh Ahli Parlimen Sipitang Datuk Matbali Musa.

Berucap pada majlis itu, Dr Yusof berkata, sumbangan tilam dan bantal itu menerusi tanggungjawab sosial korporat QSB sebagai sebuah syarikat berkaitan kerajaan negeri kepada masyarakat.

Katanya, sumbangan tersebut diharap dapat meringan beban keluarga yang terjejas banjir baru-baru ini.

Penerima sumbangan tersebut selain di Kampung Bahagia antaranya di Kampung Skim Sindumin dan Kampung Luagan.

Pada majlis sama, Dr Yusof turut mengumumkan pelaksanaan naik taraf Jalan Gravel ke Jalan Konkrit Kampung Bahagia sejauh 835 meter dengan lebar jalan konkrit 3.5 meter.

Kerja naik taraf ini selama tujuh minggu bermula bulan ini dan dijangka siap pada 29 Ogos ini.

Terdahulu di Kampung Kawang Lama dalam satu majlis, beliau turut mengumumkan pelaksanaan naik taraf Jalan Gravel ke Jalan Konkrit sejauh 530 meter di kampung itu.

Dr Yusof berkata, naik taraf ke Jalan Konkrit untuk keselesaan penduduk di kampung tersebut disebabkan jalan konkrit ini mampu digunakan lama dari kerosakan.

Pada masa sama, beliau mahu kontraktor yang dilantik supaya dapat menyiapkan mengikut jadual dan mengikut spesifikasi yang ditetapkan

Hot this week

Can Warisan snatch a simple majority victory going solo ?

Dr Kanul Gindol...there is a Sabah political party capable...

SAREC 25, platform for collaboration, innovation to drive Sabah transition toward a sustainable energy future – Dr Yusof

Yusof shakes hands with strategic partners, moderators, SAREC 2025...

Sandakan gearing up for Visit Malaysia 2026

SANDAKAN : - President of Sandakan Municipal Council (MPS)...

Ahli Majlis PBT perlu main peranan aktif majukan daerah – Hendrus

KOTA MARUDU : - Ahli-ahli majlis pihak berkuasa tempatan...

Joniston: Call for Sabah and Sarawak collaboration in cultural tourism

Datuk Joniston Bangkuai with Sarawak Deputy Minister of Youth,...

Topics

Can Warisan snatch a simple majority victory going solo ?

Dr Kanul Gindol...there is a Sabah political party capable...

Sandakan gearing up for Visit Malaysia 2026

SANDAKAN : - President of Sandakan Municipal Council (MPS)...

Ahli Majlis PBT perlu main peranan aktif majukan daerah – Hendrus

KOTA MARUDU : - Ahli-ahli majlis pihak berkuasa tempatan...

Joniston: Call for Sabah and Sarawak collaboration in cultural tourism

Datuk Joniston Bangkuai with Sarawak Deputy Minister of Youth,...

KDM set to generate a “green wave” effect in PBS and STAR’s stronghold in PRN

Dr Kanul Gindol...the political landscape in Sabah is unpredictable...

Sustainable Tourism and Conservation Efforts in Kinabatangan Remain KiTA’s Core Focus

Group Photo of President, Johnny (front, second left);Past President,...

Qhazanah Sabah Hari Raya celebration

The Qhazanah Sabah Group of Companies held its Hari...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img