Wednesday, May 21, 2025

Transformasikan Pasar Tamu tanpa menghilangkan identiti keunikannya – Mohamad Sabu

TELUPID : – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam usaha mentransformasikan operasi Pasar Tamu tanpa menghilangkan identiti keunikannya .

Datuk Seri Haji Mohamad Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata, pasar tamu merupakan pasar yang diadakan secara mingguan di Sabah dan Sarawak bagi menjual barangan tani.

Katanya, meskipun pasar tamu ini telah di naik taraf, ia masih mengekalkan budaya setempat dan mempromosikan produk usahawan serta bertujuan untuk meningkatkan tahap keusahawanan peserta pasar tamu.

Operasi di pasar tamu masih sepenuhnya di bawah kendalian pihak PBT setempat.

FAMA telah menaiktaraf 6 pasar tamu sedia ada antaranya Pasar Tamu Sook Keningau (2017), Pasar Tamu Dataran Tomborungus, Kudat (2019), Pasar Tamu Kunak (2020), Pasar Tamu Beluran (2021), Pasar Tamu Tuaran (2023), dan terbaru Pasar Tamu Telupid.

Setakat tahun 2023, FAMA telah membelanjakan RM 5.36 juta. Terdapat 41 tapak pasar tamu sedia ada yang akan dinaik taraf bermula tahun 2024 dengan kos RM 10 juta.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Pasar Tamu Telupid kepada Majlis Daerah Telupid Sempena Road To MAHA 2024 @ Sabah di sini hari ini.

Pembinaan Projek naik taraf Pasar Tamu Telupid ini telah bermula pada 20 Mac 2023 dan siap sepenuhnya pada 18 Mac 2024 dengan kos RM852,000.

Ianya boleh memberikan peluang dan manfaat kepada 100 orang usahawan untuk menjalankan aktiviti perniagaan di sini.

Majlis penyerahan berkenaan telah disempurnakan Mohamad
Sabu kepada Celestine Jetony, Pegawai Daerah Telupid.

Turut berlangsung program Jualan Agro MADANI yang menawarkan jualan pelbagai barangan keperluan agro-makanan seperti produk segar sayur-sayuran, buah-buahan, ikan, ayam, daging dan telur pada harga 10% ke 30% di mana harga yang lebih murah dan berbaloi berbanding harga pasaran tempatan.

Hot this week

Sabah’s struggles were caused by federal interference, not local disunity

Jordan...Sabah only progressed under UMNO is an insult to...

PRN 17  – Warisan going solo, not align with any party coalition

Loretto Padua...talks that Warisan is joining GRS or making...

Brace for a free-for-all in the coming state election

Joniston (6th right) officiating the newly-upgraded Poturidong - Tibabar...

Stronger BN will mean a weaker PH

By: Datuk Teddy Chin HARDLY a week passes without something...

Bekas TYT Sabah, Tun Ahmadshah meninggal dunia

Tun Ahmad Shah menyampaikan pingat kebesaran negeri Ahli Setia...

Topics

Sabah’s struggles were caused by federal interference, not local disunity

Jordan...Sabah only progressed under UMNO is an insult to...

PRN 17  – Warisan going solo, not align with any party coalition

Loretto Padua...talks that Warisan is joining GRS or making...

Brace for a free-for-all in the coming state election

Joniston (6th right) officiating the newly-upgraded Poturidong - Tibabar...

Stronger BN will mean a weaker PH

By: Datuk Teddy Chin HARDLY a week passes without something...

Bekas TYT Sabah, Tun Ahmadshah meninggal dunia

Tun Ahmad Shah menyampaikan pingat kebesaran negeri Ahli Setia...

Radu Tatap Radu – UMNO Semporna rises again

Salleh...UMNO is poised for a strong comeback as the...

Sabah’s Political Play: Analyzing the Strategic Move Behind PH and BN’s Coalition

By Datuk James Ligunjang J.PEx Assemblyman for Petagas KOTA KINABALU...

Penganjuran Pesta Kaamatan perlu ditambah nilai untuk tarik kehadiran pengunjung – Dr Yusof

Dr Yusof memukul gong simbolik perasmian,penutupan Pesta Kaamatan Daerah...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img