Sunday, June 15, 2025

Pasport terbang: 3 anggota penguat kuasa direman 6 hari

KOTA KINABALU – Tiga anggota penguat kuasa sebuah jabatan direman enam hari bermula esok bagi membantu siasatan berhubung aktiviti sindiket pemalsuan pembaharuan pasport atau ‘pasport terbang’ di negeri ini.

Perintah reman terhadap mereka dikeluarkan oleh Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali di sini hari ini.

Terdahulu permohonan reman terhadap ketiga-tiga anggota penguat kuasa itu dikemukakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dua daripada tertuduh 
masing-masing diwakili peguam Luqman Syazwan Zabidi dan Elhanan James manakala seorang lagi tidak diwakili peguam.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah Datuk S. Karunanithy  mengesahkan tahanan reman terhadap anggota penguat kuasa terbabit dan kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

SPRM dilaporkan menahan tiga anggota penguat kuasa sebuah jabatan, berusia antara 40-an hingga 50-an kira-kira 2 petang semalam, ketika mereka hadir memberi keterangan di pejabat agensi itu di sini.

Sindiket berkenaan dipercayai bergerak aktif sejak tahun lepas dan dikatakan telah memberikan rasuah sebanyak RM300,000 kepada anggota penguat kuasa terbabit. – scoop.com

Hot this week

Food is an essential component of culture

Non halal Nasi Lemak, a popular dish on the...

Malaysia Media Council members announced

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim renewed his media...

Kerajaan disaran bantu industri media tempatan hadapi cabaran semasa

Datuk Lichong Angkui berucap di majlis kemuncak sambutan Hari...

Let’s not rewrite history: The real backdoor Chief Minister was Shafie Apdal

Commentary by Datuk Seri Panglima Clarence Bongkos MalakunSabah Economic...

Stronger social media influence in the 2025 Sabah elections

Ch'ng...traditional media may continue, but the dissemination of information...

Topics

Local veteran journalist supports the holding of HAWANA in Sabah next year

Bingkasan...HAWANA has been celebrated four times in Peninsular Malaysia...

Rasuah Adun Sabah: ‘Sekurang-kurangnya seorang atau dua individu akan dituduh’

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri...

Lelaki kini boleh belajar menjahit: Lasimbang

Jannie Lasimbang bersama peserta Program 'Sew and Save' baru...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img