Sunday, July 13, 2025

Rayuan Peter Anthony Kes Pemalsuan Kontrak UMS Ditangguh 1 Ogos

Bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony (ketiga kiri)  dan peguamnya hadir di Istana Kehakiman Putrajaya-Cyberjaya pada 18 Julai 2024. Turut hadir ialah Setiausaha Agung KDM Willie Junaidi.

PUTRAJAYA – Pendengaran rayuan akhir bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony terhadap sabitan dan hukuman penjara serta denda kerana memalsukan dokumen berhubung kontrak kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang dijadualkan Khamis (18 Julai) ditangguhkan ke 1 Ogos ini.

Ini selepas panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin untuk menangguhkan pendengaran rayuan bagi pihak pendakwa raya meneliti isu-isu berbangkit oleh perayu (Peter).

“Mahkamah membenarkan penangguhan pendengaran rayuan dan pihak responden (pendakwa raya) boleh memfailkan hujahan tambahan sekiranya ada,” kata Hakim Ahmad Zaidi.

Terdahulu, Wan Shaharuddin berkata pihaknya bersedia untuk meneruskan prosiding hari ini sekiranya mahkamah tidak membenarkan penangguhan pendengaran rayuan.

Peguam Datuk Nicholas Kow Eng Chuan yang mewakili Peter tidak membantah penangguhan pendengaran rayuan, namun memohon supaya suatu tarikh awal dapat ditetapkan oleh mahkamah untuk perayu membersihkan namanya sebelum menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah akan datang.

Ditemui pemberita selepas prosiding, Wan Shaharuddin berkata pada April lepas Peter telah memfailkan representasi kali pertama namun ditolak Jabatan Peguam Negara (AGC) pada penghujung Mei.

Menurutnya, ahli politik itu memohon AGC menerima representasinya supaya permohonan untuk mengetepikan sabitan, hukuman penjara dan denda, dibenarkan.

Pada 19 April 2023, Peter, 53, memfailkan rayuan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tiga tahun serta denda RM50,000 atau penjara 15 bulan, yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 26 Mei 2022.

Ahli Dewan Undangan Negeri bagi Melalap itu sebelum ini gagal dalam rayuannya di Mahkamah Tinggi pada 18 April, 2023 dan ini adalah rayuan terakhirnya.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Bache yang menolak rayuan Peter, bersetuju dengan dapatan hakim bicara bahawa Peter memalsukan dokumen bagi mendapatkan projek di UMS sedangkan beliau mengetahui projek itu dibuat menerusi tender terbuka.

Peter, sebagai Pengarah Urusan Syarikat Asli Jati Sdn Bhd, didakwa memalsukan surat pejabat Timbalan Naib Canselor UMS bertarikh 9 Jun 2014, iaitu memasukkan pernyataan palsu dengan niat digunakan untuk tujuan menipu.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di pejabat Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, bangunan Perdana Putra, Putrajaya antara 13 Jun dan 21 Ogos 2014, mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) itu telah membayar denda RM50,000.

Hot this week

Strong sentiment for GRS to go solo in the coming State election

Dr Jeffrey (left) and Dr Joachim during the press...

Want to collaborate, PH have to use GRS symbol in PRN17 – Dr Joachim

PENAMPANG : Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, the acting...

Keningau to host the first Dusunic Sabah Carnival in August

Lawrence Gimbang...the carnival encourage the use of Dusunic language...

Honouring Sabah’s rights dispel suspicion, lead to a harmonious and united Malaysia

Joniston..The 'Rumah Kita, Kita Jaga' slogan is not anti-Federal...

Sekolah Visi Sandakan Cemerlang di BIICC 2025 Kuching, Sarawak

Pemenang Anugerah Pingat Emas 5 Emas, 2 Perak, 7 Gangsa...

Topics

Strong sentiment for GRS to go solo in the coming State election

Dr Jeffrey (left) and Dr Joachim during the press...

Want to collaborate, PH have to use GRS symbol in PRN17 – Dr Joachim

PENAMPANG : Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, the acting...

Keningau to host the first Dusunic Sabah Carnival in August

Lawrence Gimbang...the carnival encourage the use of Dusunic language...

Honouring Sabah’s rights dispel suspicion, lead to a harmonious and united Malaysia

Joniston..The 'Rumah Kita, Kita Jaga' slogan is not anti-Federal...

Sekolah Visi Sandakan Cemerlang di BIICC 2025 Kuching, Sarawak

Pemenang Anugerah Pingat Emas 5 Emas, 2 Perak, 7 Gangsa...

PIBG digesa jadi nadi suara Wakil Rakyat

Joniston bersama wakil wakil 24 PIBG yang menerima...

Joint PBS-STAR  Convention 2025 on Saturday

Joniston...the convention is aimed at strengthening cooperation to secure...

A book by Chan Kang Yuen, 90, on his 60-year career as a journalist

By C C PungJustice of Peace My old friend Chan...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img