Saturday, July 26, 2025

Usaha wujudkan sebuah lagi sekolah menengah dan kolej swasta di Sipitang – Dr Yusof

Dr Yusof (duduk tengah) bergambar bersama pelajar-pelajar SMK Pengiran Omar II yang mendapat keputusan cemerlang SPM 2023

SIPITANG : – Usaha untuk mewujudkan sebuah lagi sekolah menengah dan kolej swasta di daerah ini  akan terus diperjuangkan sejajar dengan keperluan pembangunan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob berkata,  ketika ini terdapat empat sekolah menengah di daerah ini  iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengiran Omar I, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Berampah, SMK Pengiran Omar II dan SMK Sindumin.

Katanya, beliau mahu sebuah lagi sekolah menengah diwujudkan dan pernah mencadangkan kepada kerajaan untuk membina sebuah Sekolah menengah agama di kawasan Mesapol.

“Bagi memenuhi keperluan pembangunan dan pertambahan penduduk di daerah Sipitang, usaha mewujudkan sebuah lagi sekolah menengah akan saya teruskan.

“Pembangunan pendidikan ini penting selain menaik taraf sekolab-sekolah yang sedia ada di daerah ini,” katanya ketika merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah 2023/2024 SMK Pengiran Omar II, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sipitang Sulaiman Suhail, Pengetua SMK Pengiran Omar II Annie Sawali dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Pengiran Omar II Raihani Sinjam.

Dr Yusof yang juga Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad berkata, pada masa sama, beliau juga mahu  kolej swasta diwujudkan termasuk yang berteraskan petroleum di daerah ini kerana adanya Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP).

“Sebagai anak Sipitang, impian untuk membina sebuah lagi sekolah menengah dan mewujudkan kolej swasta ini akan saya perjuangkan untuk menjamin masa depan yang baik anak-anak Sipitang,” jelasnya.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sijil kecemerlangan kepada pelajar cemerlang Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2023 SMK Pengiran Omar II.

Hot this week

Hajiji to announce something ‘big’ on Sunday

Hajiji speaking to reporters after opening the Gagasan Rakyat's...

Sabah on the right track

Goh...Hajiji and his team deserve a strong mandate from...

Efficient water gravity system, upgrading Telibong Water Plant can solve  water shortage  in Inanam

Lewis... Residents are suffering, no rain means no water. Sungai...

Graviti air cekap, loji di Telibong mampu selesai isu air di Inanam: Lewis

Lewis Wong Sistem air graviti Kampung Kionsom kini ...

Topics

Hajiji to announce something ‘big’ on Sunday

Hajiji speaking to reporters after opening the Gagasan Rakyat's...

Sabah on the right track

Goh...Hajiji and his team deserve a strong mandate from...

Graviti air cekap, loji di Telibong mampu selesai isu air di Inanam: Lewis

Lewis Wong Sistem air graviti Kampung Kionsom kini ...

A new wheel chair for senior citizen from Azis Jamman

Inanam Warisan officer Lewis Wong (2nd left) with other...

Align community-based tourism with global trend – Joniston

Joniston at the Program Jejak Kanser at Pekan Kiulu KIULU...

Anak Negeri calls for urgent re-audit and reform of underperforming Sabah state GLC

Trevor...Sabahans especially the young generation, deserve a better future...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img