Saturday, July 26, 2025

PM terlepas pandang 40 peratus peruntukan Sabah – Ronald

KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terlepas pandang 40 peratus peruntukan Sabah dibawah Perkara 112C Perlembangaan Persekutuan.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, Perdana Menteri baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sebanyak RM16 billion kepada Sabah yang mana nilai tersebut adalah bagi jumlah keseluruhan peruntukan kepada Sabah dan bukan hanya untuk pembangunan sahaja (Development expenditure).

Katanya, Perdana Menteri dalam ucapan tersebut turut menyatakan bahawa peruntukan RM16 bilion tersebut termasuk peruntukan sekolah, pendidikan untuk anak-anak, serta penjagaan sempadan yang mana dalam hal tersebut sememangnya merupakan tanggungjawab Persekutuan di bawah Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

“Kenyataan YAB Perdana Menteri sebenarnya tidak menjawab kepada isu yang perlu dijawab iaitu pemberian wajib 40 peratus di bawah Perkara 112C Perlembagaan.

“Secara mudahnya, setiap negeri dalam Persekutuan perlu menerima hak wajib peruntukan kewangan di bawah Perkara 109, manakala bagi Sabah dan Sarawak terdapat peruntukan wajib tambahan iaitu di bawah Perkara 112C Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ronald yang juga Ahli Parlimen Beluran berkata, perkara 109 Perlembagaan menyatakan antara lainnya pemberian wajib kepada negeri-negeri adalah seperti berikut:

(a) Geran Pemberian Mengikut Bilangan Orang (Capitation Grant) di bawah Perkara 109(1)(a) Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pemberian Bilangan Orang 2002;

(b) Geran Pemberian Penyelenggaraan Jalan Raya Negeri (MARRIS) di bawah Perkara 109(1)(b) Perlembagaan Persekutuan; serta

(c) Geran Pemberian Berdasarkan Tahap Pembangunan Ekonomi, Infrastruktur dan Kesejahteraan Hidup di bawah Perkara 109(6) Perlembagaan Persekutuan

Menurutnya, selanjutnya pemberian peruntukan kewangan di bawah Perkara 109 Perlembagaan Persekutuan tersebut perlu juga mematuhi kehendak di bawah Bahagian I, II dan III Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, bagi Sabah, selain peruntukan wajib dalam Perkara 109 Perlembagaan Persekutuan, perlu diberikan peruntukan wajib 40 peratus seperti yang dinyatakan dalam Perkara 112C di Bahagian IV dan V Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan yang mana peruntukan tersebut perlu dikaji semula setiap lima tahun di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan tetapi gagal dilaksanakan Persekutuan setakat ini.

“Jadi kenyataan YAB Perdana Menteri sebenarnya terlepas pandang bahawa jumlah peruntukan development expenditure kepada Sabah tidak boleh disamakan dengan pemberian wajib biasa kepada negeri-negeri lain (selain Sarawak).

“Nilai RM16 Bilion tersebut seharusnya diberikan kepada Sabah namun pemberian wajib 40 peratus di bawah Perkara 112C masih tetap dan perlu diberikan kepada Sabah selaras dengan kehendak Perlembagaan Persekutuan,” jelasnya.

Justeru, Ronald menegaskan Kerajaan Persekutuan dan Sabah perlu sentiasa menjunjung serta mematuhi Perlembagaan Persekutuan bagi menjamin suatu Persekutuan yang terus adil, bermanfaat bersama disamping menjaga kepentingan negara Malaysia.

Hot this week

Sabah and Sarawak also paying for Malaysia’s multibillion-ringgit debt spent in the Peninsula: A Federal Injustice

By Ir. Joseph LakaiMiri, Sarawak Sabah and Sarawak are among...

Sabah on the right track

Goh...Hajiji and his team deserve a strong mandate from...

Efficient water gravity system, upgrading Telibong Water Plant can solve  water shortage  in Inanam

Lewis... Residents are suffering, no rain means no water. Sungai...

Graviti air cekap, loji di Telibong mampu selesai isu air di Inanam: Lewis

Lewis Wong Sistem air graviti Kampung Kionsom kini ...

A new wheel chair for senior citizen from Azis Jamman

Inanam Warisan officer Lewis Wong (2nd left) with other...

Topics

Sabah on the right track

Goh...Hajiji and his team deserve a strong mandate from...

Efficient water gravity system, upgrading Telibong Water Plant can solve  water shortage  in Inanam

Lewis... Residents are suffering, no rain means no water. Sungai...

Graviti air cekap, loji di Telibong mampu selesai isu air di Inanam: Lewis

Lewis Wong Sistem air graviti Kampung Kionsom kini ...

A new wheel chair for senior citizen from Azis Jamman

Inanam Warisan officer Lewis Wong (2nd left) with other...

Align community-based tourism with global trend – Joniston

Joniston at the Program Jejak Kanser at Pekan Kiulu KIULU...

Anak Negeri calls for urgent re-audit and reform of underperforming Sabah state GLC

Trevor...Sabahans especially the young generation, deserve a better future...

Sabah must prioritise passengers safety and dignity at KKIA

Chin...use of aerobridge should be enforced at all Sabah...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img