Sunday, June 15, 2025

SUKMA 2024 Sarawak – Tarikh & Jadual Acara

Kemeriahan Sukan Malaysia atau SUKMA 2024 mula terasa dan setiap atlet yang mewakili negeri masing-masing pastinya sudah melakukan persiapan rapi untuk bertandingan dalam temasya sukan dwi-tahunan ini.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang acara tahunan yang bakal diadakan ini. 

Pengenalan SUKMA Sarawak 2024

Pada tahun 2023, Sarawak dipilih sebagai tuan rumah Sukan Malaysia (Sukma) 2024 selepas dipersetujui secara sebulat suara oleh Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia bagi menganjurkan sukan dwitahunan tersebut.

Jawatankuasa yang dipe­ngerusikan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, pemilihan Sarawak bagi penganjuran Sukma tahun depan turut berpandukan sistem penggiliran.

Sebelum ini, Sarawak pernah menjadi tuan rumah pada 1990 dan kali kedua pada 2016.

Tarikh

Kejohanan ini dijadual berlangsung pada 17 hingga 24 Ogos 2024.

Majlis perasmian akan diadakan pada 17 Ogos seementara Majlis Penutupan pula akan diaadakan pada 24 ogos.

Statistik ringkas SUKMA Sarawak

17 hingga 24 Ogos 2024

  • 9 bahagian di Sarawak
  • 37 jenis sukan

-:488 acara sukan

  • 236 acara lelaki
  • 217 acara wanita
  • 35 acara campuran atau terbuka
  • 9,927 atlet
  • 2,692 pegawai
  • 5,666 atlet lelaki
  • 4,261 atlet wanita
  • 1,845 pegawai lelaki
  • 847 pegawai wanita

Senarai Acara Dipertandingkan.

Scara keseluruhannya, terdapat 37 jenis sukan yang akan dipertandingkan dalam temasya SUKMA 2024 kali ini termasuk 28 acara sukan wajib.

Antara 28 sukan wajib yang akan dipertandingkan ialah akuatik, angkat berat, badminton, berbasikal, gimnastik, golf, lawan pedang, memanah, menembak, olahraga, pelayaran dan hoki.

Turut disenaraikan pingpong, taekwondo, karate, sepak takraw, tenpin boling, wushu, bola sepak, bola jaring, bola tampar dan tenis.

9 jenis sukan tambahan tersebut adalah tinju, muay thai, petanque, e-sport , sofbol, catur, kabbadi, silambam dan kriket.

Penganjuran UKMA 2024 bakal menghimpunkan 9,921 atlet dan 2,692 pegawai yang akan turut menyertai temasya dwi tahunan negara SUKMA XXI Sarawak 2024 itu.

Daripada jumlah itu, 5,664 atlet lelaki dan 4,257 atlet wanita, manakala 1,845 pegawai lelaki dan 847 pegawai wanita.

Sukan 2024: Senarai 103 Sukan Tersenarai

Lokasi Pertandingan

Edisi ke-21 SUKMA akan dilangsungkan di lapan bahagian di Sarawak iaitu Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri bagi memastikan kemeriahannya dapat dirasai rakyat di seluruh negeri.

Walau bagaimanapun, terdapat pengecualian bagi acara basikal trek yang diadakan di Semenanjung kerana masal ktiadaan fasiliti tersebut di Sarawak.

Logo & Maskot SUKMA Sarawak 2024

Logo rasmi temasya ini menampilkan bayang obor, dengan tiga warna (simbolik kepada bendera negeri Sarawak) iaitu merah, (di bahagian atas api obor dan bahagian genggaman), kuning (di bahagian bawah api obor) dan hitam (di bahagian antara api obor dan genggaman), dengan cogan kata “Semangat Perpaduan Membara” 

Logo rasmi ini telah direka oleh Azrilalfatt Hassim.

Maskot rasmi bagi temasya ini adalah dua ekor burung Enggang berpasangan, yang bernama Satria dan Satrina.

Maskot ini menggabungkan pewarna yang kompleks sambil kekal setia kepada warna bendera Sarawak – merah, kuning, dan hitam.

Pereka bentuk itu mencipta sejumlah 47 ikon berbeza untuk maskot, menggambarkannya dalam pelbagai aksi sukan, dengan 37 ikon mewakili sukan yang berbeza dan 10 ikon khusus untuk temasya Para Sukma.

Lagu rasmi temasya ini bertajuk Sukma Sarawak, Kesukanan dan Perpaduan dan digubah oleh Kaderi Awang Lihi.

Jadual Acara

Berikut merupakan jadual acara di SUKMA Sarawak 2024:

Jadual-Sukma-2024 – Maklumat Lanjut

Anda boleh klik pautan ini untuk terus ke media sosial SUKMA XXI Sarawak 2024

  1. Laman web SUKMA Sarawak 2024 – https://www.sukmasarawak2024.my
  2. Facebook Page SUKMA Sarawak 2024 – https://www.facebook.com/SUKMAsarawak2024/
  3. Instagram SUKMA Sarawak 2024 – https://www.instagram.com/sukma_sarawak_2024…
  4. Tik Tok SUKMA Sarawak 2024
  5. X (Twitter) SUKMA Sarawak 2024 – https://twitter.com/SUKMAsrwk2024
  6. Threads SUKMA Sarawak 2024 – https://www.threads.net/@sukma_sarawak_2024

Dapatkan informasi dan berita mengenai SUKMA XXI Sarawak 2024 hanya di hujung jari anda.

Hot this week

Stop twisting the facts, Daniel – Shafie’s appointment was murky!

Malakun...Let’s set the record straight because Sabahans deserve the...

Food is an essential component of culture

Non halal Nasi Lemak, a popular dish on the...

Malaysia Media Council members announced

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim renewed his media...

Kerajaan disaran bantu industri media tempatan hadapi cabaran semasa

Datuk Lichong Angkui berucap di majlis kemuncak sambutan Hari...

Topics

Let’s not rewrite history: The real backdoor Chief Minister was Shafie Apdal

Commentary by Datuk Seri Panglima Clarence Bongkos MalakunSabah Economic...

Stronger social media influence in the 2025 Sabah elections

Ch'ng...traditional media may continue, but the dissemination of information...

Local veteran journalist supports the holding of HAWANA in Sabah next year

Bingkasan...HAWANA has been celebrated four times in Peninsular Malaysia...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img