Wednesday, June 25, 2025

Sinar emas pertama dari Amirah,Wushu tamatkan saingan dengan sumbangan 3 emas 1 perak

Penyumbang pingat terbanyak setakat ini dari skuad wushu dengan tiga emas dari Dione (kiri), Amirah (dua dari kanan) dan Fyenlly  (kanan) serta pingat perak dari Ericson (dua dari kiri.

SYABAS…pemenang pingat, pengurus, jurulatih dan pegawai pasukan wushu Sabah bersama Mansur (bertopi di tengah) selepas pertandingan selesai.

Oleh Vitalis G Bingkasan

KUCHING: Skuad wushu Sabah tamatkan saingan dengan sumbangan tiga pingat emas dan satu perak pada SUKMA Sarawak XXI hari ini.

Tiga emas itu termasuk dari Amirah  Sofea Azlan yang muncul sebagai atlet pertama hadirkan kilauan emas Sabah menerusi acara sanda wushu 45-48kg wanita.

Hebat…Fyenlly  melakukan serangan ke atas Bong pada final acara sanda wushu 48-52kg lelaki SUKMA Sarawak XXI di Pusat Latihan Wushu Sarawak di Kuching petang tadi.

Pertarungan yang berlangsung di Pusat Latihan Wushu Sarawak di sini tersebut menyaksikan  Amirah mengotakan sandaran yang dipikulkan kepadanya dengan mengalahkan lawan dari Selangor, Batrisya Izzati Mohd Nasir dalam dua pusingan.

Kemenangan iu menjadi pembakar semangat untuk giliran Dione Babylyine Fely pula menghadirkan kejutan apabila turut menang pertarungan dua pusingan ke atas seorang lagi peserta Selangor, Felicity Wong Xin Nee dalam acara sanda kategori 48-52kg wanita.

Kejayaan awal dua rakannya itu menyemarakkan semangat Fyenlly Himon selaku peserta terakhir Sabah bertarung di final, melengkapkan kemenangan emas hatrik wushu mengalahkan  peserta tuan rumah Sarawak, Bong Shen Hiu juga hanya dengan dua pusingan dalam acara sanda 48-52kg lelaki.

Sebelum tiga emas itu, wushu juga sumbang pingat perak pertama untuk Sabah menerusi Ericson Bong Cheng Loong dalam acara toulu gunshu lelaki.

Ericson mencatat 9.590 mata manakala pingat emas dimenangi peserta Pulau Pinang, Muhammad Danish Aizad Mohd Firdaus Chua (9.620 mata) manakala gangsa dimenangi peserta Melaka, Ronn Lee (9.576 mata).

Turut menyaksikan peserta Sabah bertarung pada hari terakhir pertandingan wushu itu ialah Chef de Mission kontinjen Sabah, Datuk Mansur Asun, Pengarah Majlis Sukan Negeri Sabah, Mohd Asneh Mohd Noor dan pegawai-pegawai Kementerian Belia dan Sukan Sabah serta Majlis Sukan Negeri.

“Tahniah dan syabas kepada semua atlet. Terima kasih juga kepada sokongan padu semua. Kejayaan ini tentunya sangat menggembirakan dan membanggakan.

“Ini adalah kejayaan di luar jangka terutama Dione. Mereka semua juga menang dengan dua pusingan pertarungan sahaja. Ia bukan pertarungan mudah tetapi atlet kita berjaya melakukannya,” kata pengurus pasukan wushu, Ronald James.

Hot this week

Rasuah mineral Sabah: Dua ADUN dan ahli perniagaan akan didakwa 30 Jun

Azam Baki...keputusan untuk mendakwa ketiga-tiga individu itu dibuat selepas...

MACC detains Sabah assistant minister linked to mining licenses issue

KOTA KINABALU : - The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC)...

Rural communities vulnerable to online scams, says assemblyman

SANDAKAN: Rural communities in Sabah continue to be exposed...

Isu tanah Kg Karamunting hampir selasai – George Hiew

SANDAKAN : - Isu pertikaian tanah yang berlarutan sejak...

English proficiency important skill for tourism and strong foundation for future employment

Datuk Joniston Bangkuai alongside Kota Kinabalu Rotary Club president...

Topics

Intense battle lies ahead for Merotai in the PRN hot seat

Datuk Ruji Ubi (left) retired CEO ESSCOM is likely...

Emin Madi: PGDK penghargaan amat besar Negeri Sabah untuk diri, Bernama

Emin menerima anugerah PGDK daripada Tun Musa Aman. KOTA KINABALU:...

Sabah on world map as  conservation hub

By Emin MadiKOTA KINABALU : -  The legacy of...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img