Saturday, July 26, 2025

Ketua Menteri umum Insentif RM10,000 untuk pingat emas Sabah

Tahniah…Hajiji (kanan) bersembang dengan antara   pemenang emas wushu, Dione Babyline  Fely (kiri) dan Fyenlly Himon (dua dari kiri) dalam  pertemuan dengan skuad wushu di salah sebuah hotel di Kuching, pagi tadi.

Terbaik…Hajiji (duduk di tengah), Ellron (duduk di kanan) dan Safar (duduk di kanan) bersama skuad wushu Sabah yang telah menamatkan cabaran kelmarin dengan sumbangan tiga pingat emas dan satu perak.

Oleh Vitalis G Bingkasan

KUCHING: Ganjaran lumayan menanti apabila Kerajaan Negeri Sabah menaikkan insentif pemenang pingat emas SUKMA Sarawak XXI kepada RM10,000.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengumumkan perkara itu sebaik tiba di sini pagi ini dan bertemu dengan skuad wushu yang telah menamatkan cabaran kelmarin dengan sumbangan tiga pingat emas dan satu perak.

Beliau berkata,  ia adalah kenaikan 100 peratus berbanding RM5,000 yang ditetapkan dalam senarai insentif Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBS) Sabah.

Hajiji disambut atlet wushu sebaik tiba di salah sebuah hotel di Kuching

Insentif RM10,000 itu adalah untuk pemenang pingat emas acara individu.

Katanya, pemenang acara berpasukan serta pingat perak dan gangsa juga akan dinaikkan di mana ia akan diputuskan selepas mendapat cadangan daripada KBS Sabah.

Hajiji berkata insentif itu adalah sebagai galakan dan penghargaan kerajaan atas usaha dan kerja keras atlet mengharumkan nama negeri.

Sambil itu, Hajiji mengucapkan tahniah kepada atlet yang telahpun memenangi pingat dan  berharap kejayaan itu menyemarakkan lagi semangat atlet lain memburu pingat dan merealisasikan 40 pingat emas yang disasarkan Sabah.

“Tahniah kepada skuad wushu yang telah menamatkan cabaran dengan menang tiga emas dan satu perak.

“Tahniah juga kepada pasukan takraw wanita yang telah menang emas acara berpasukan serta peserta lain yang telah menang pingat setakat ini.

“Saya mahu atlit Sabah bertanding dengan semangat kesukanan yang tinggi dan menjaga disiplin diri demi nama baik negeri Sabah”, katanya.

Turut hadir ialah Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Ellron Angin dan Pembantu Menterinya, Datuk Fairuz Renddan, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Sr.Haji Safar Untong dan Setiausaha Tetap KBS  Sabah, Datuk Mansur Asun yang juga Chef de Mission kontinjen Sabah.


Hot this week

Hajiji to announce something ‘big’ on Sunday

Hajiji speaking to reporters after opening the Gagasan Rakyat's...

Sabah on the right track

Goh...Hajiji and his team deserve a strong mandate from...

Efficient water gravity system, upgrading Telibong Water Plant can solve  water shortage  in Inanam

Lewis... Residents are suffering, no rain means no water. Sungai...

Graviti air cekap, loji di Telibong mampu selesai isu air di Inanam: Lewis

Lewis Wong Sistem air graviti Kampung Kionsom kini ...

Topics

Hajiji to announce something ‘big’ on Sunday

Hajiji speaking to reporters after opening the Gagasan Rakyat's...

Sabah on the right track

Goh...Hajiji and his team deserve a strong mandate from...

Graviti air cekap, loji di Telibong mampu selesai isu air di Inanam: Lewis

Lewis Wong Sistem air graviti Kampung Kionsom kini ...

A new wheel chair for senior citizen from Azis Jamman

Inanam Warisan officer Lewis Wong (2nd left) with other...

Align community-based tourism with global trend – Joniston

Joniston at the Program Jejak Kanser at Pekan Kiulu KIULU...

Anak Negeri calls for urgent re-audit and reform of underperforming Sabah state GLC

Trevor...Sabahans especially the young generation, deserve a better future...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img