Saturday, May 31, 2025

Sabah tersingkir awal bola sepak lelaki dan futsal

Oleh Vitalis G Bingkasan

KUCHING: Pasukan bola sepak dan futsal lelaki tersingkir awal selepas gagal lepasi saingan peringkat kumpulan masing-masing pada SUKMA Sarawak XXI.

Pasukan bola sepak lelaki yang hanya perlukan keputusan seri atau elakkan kalah lebih dari satu  gol, tersingkir apabila tumpas 2-0 ditangan juara bertahan Terengganu pada perlawanan terakhirnya yang berlangsung di Stadium Tun Zaidi, Miri kelmarin.

Ia malang buat skuad bimbingan Jelius Ating sebab mereka hanya tersingkir disebabkan perbezaan jaringan.

Sabah yang bersaing dalam Kumpulan B bersama Terengganu dan Johor mengumpul jumlah mata sama iaitu masing-masing tiga mata untuk kedudukan pasukan ditentukan menerusi perbezaan jaringan.

Perbezaan jaringan itu menyaksikan Sabah tersingkir kerana perbezaan jaringan mereka adalah negatif satu manakala Terengganu di tangga teratas dengan lebihan satu gol dan Johor di tempat kedua (kosong perbezaan jaringan).

Sebelum tewas di tangan Terengganu, Sabah menang 2-1 ke atas Johor manakala Johor menang 1-0 ke atas Terengganu.

Sambil itu, pasukan futsal lelaki Sabah juga gagal lepasi pusingan awal selepas kalah semua perlawanan untuk berada di kedudukan tercorot saingan  peringkat kumpulan membabitkan lima pasukan yang berlangsung di Kota Samarahan.

Nasib skuad bola sepak wanita pula akan ditentukan pada perlawanan terakhirnya dalam saingan Kumpulan A menentang pasukan tuan rumah Sarawak di Stadium Negeri, di sini esok. Sabah perlu elak kalah perlawanan itu untuk mara ke pusingan seterusnya.

Skuad bimbingan Petronella Douny itu seri 1-1 dengan Pahang pada perlawanan seebelum ini. Pahang pula tewaskan Sarawak 3-0.

Hot this week

The Importance of Upholding Malaysia Agreement 1963 in State-Federal Relations

By Datuk James Ligunjang J.PFormer Sabah Assemblyman The Malaysia Agreement...

Anuwar: Solar streetlights for all Sabah villages

Anwar speaking to Pairin (right) while Hajiji (left) looks...

Pak Mus’ good pisang goreng comes from making it with love

By C C PungJustice of Peace Had ikan bakar, soto...

Corruption not tackled through perception, slander or insults – Anwar

Anwar arriving at Hongkod Koisaan to officiate the Sabah...

Stella Marris Kindergarten Kaamatan Celebrations

Sr Lucy (middle) with TSM teachers and pupils who...

Topics

Whoever eats chili feels how spicy it is

By C C PungJustice of Peace Siapa makan lada rasa ...

KK – Labuan Ferry Service Resumes

KOTA KINABALU : - The passenger ferry service connecting...

Potential Cooperation between GRS and PH

James Ligunjang...it will be untenable for GRS if Prime...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img