Saturday, June 14, 2025

Karate tambah 1 emas, 2 perak , 3 gangsa

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor (dua dari kiri) bersama Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah (dua dari kanan) semasa menghadiri Majlis Perasmian SUKMA XXI Sarawak 2024 di Stadium Sarawak, Petra Jaya Kuching pada Sabtu.

Oleh Vitalis G Bingkasan

KUCHING: Selepas perasmian gilang-gemilang semalam, tumpuan Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak XXI kembali ke gelanggang pertandingan terutama yang menawarkan pingat  hari ini.

Haji Hajiji Haji Noor (tengah), Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Hannah Yeoh (kanan) dan Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Ellron Angin semasa menghadiri Majlis Perasmian SUKMA XXI Sarawak 2024 di Stadium Sarawak, Petra Jaya Kuching pada Sabtu.

Mengikut jadual, sebanyak 35 pingat emas ditawarkan hari ini dengan karate di senarai tertinggi, tawarkan lapan pingat emas diikuti taekwondo (enam), menembak (enam), golf (empat) , memanah (empat), masing-masing dua dari petanque, skuasy, tenpin boling dan satu dari gimnastik berirama.

Sehingga artikel ini ditulis, Sabah telah memenangi dua pingat emas, dua perak dan lima gangsa hari ini untuk keseluruhan tujuh emas, empat perak dan 13 gangsa..

Antara aksi trio kata karate Sabah yang menyumbankan pingat emas.

Skuad karate penyumbang utama pingat hari ini dengan satu emas, dua perak dan tiga gangsa pada pertandingan yang berlangsung di Dewan IKBN Miri.

Pingat emas dimenangi pasukan kata wanita karate yang dianggotai Anneliese Anne Robberth, Audrey Adreana Baking dan Ivy Olivera Donny.

Mereka mencatat 39.30 mata untuk menagalahkan pasukan Pulau Pinang yang terpaksa berpuas hati dengan pingat perak dari catatan  38.80 mata.

Ia adalah emas kedua skuad karate selepas emas pertama dimenangi Lovelly Anne Robberth dalam acara perseorangan wanita pada Sabtu.

Dua lagi karatekas bertarung di final kumite individu hari ini tetapi kedua-duanya tewas untuk hanya menyumbangkan pingat perak.

Anabel Mazlan tewas 0-7 ditangan Zakiah Adnan (Terengganu) kategori 67kg wanita manakala Prisca Easter Philip kalah 3-7 kepada P Jayashree (Johor) kategori 68kg wanita.

Tiga gangsa dimenangi Chin Xue Yi (kumite 68kg wanita), Muhammad Aiman Azlan (kumite 84kg lelaki) dan pasukan kata lelaki yang dianggotai Alvince Zurizal, Eddel Jerry Jamun dan Mohd Haikal Henry.

Skuad skuasy pula sumbang satu emas menerusi  Yee Xin Ying dalam acara perseorangan wanita dan ia  amat bermakna kerana merupakan emas skuasy pertama Sabah dalam sejarah penyertaannya di SUKMA.

Muaythi pula sumbang dua pingat gangsa menerusi Nur Insyirah Mandol dalam kategori (42-45kg wanita) dan Efron Jaidin (56-60kg lelaki)

Kejohanan yang akan berlangsung sehingga 24 Ogos itu mempertandingkan 37 jenis sukan dengan tawaran 488 pingat emas.

Sabah mensasarkan 40 pingat emas.

Sambil itu, upacara perasmian yang berlangsung di Stadium Sarawak di sini semalam disempurnakan  Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Upacara perasmian berkonsepkan Matlamat Perpaduan Negara itu turut dihadiri orang-orang kenamaan dari seluruh negara dan Brunei termasuk Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

Hot this week

Kerajaan disaran bantu industri media tempatan hadapi cabaran semasa

Datuk Lichong Angkui berucap di majlis kemuncak sambutan Hari...

Let’s not rewrite history: The real backdoor Chief Minister was Shafie Apdal

Commentary by Datuk Seri Panglima Clarence Bongkos MalakunSabah Economic...

Stronger social media influence in the 2025 Sabah elections

Ch'ng...traditional media may continue, but the dissemination of information...

Local veteran journalist supports the holding of HAWANA in Sabah next year

Bingkasan...HAWANA has been celebrated four times in Peninsular Malaysia...

Rasuah Adun Sabah: ‘Sekurang-kurangnya seorang atau dua individu akan dituduh’

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri...

Topics

Kerajaan disaran bantu industri media tempatan hadapi cabaran semasa

Datuk Lichong Angkui berucap di majlis kemuncak sambutan Hari...

Let’s not rewrite history: The real backdoor Chief Minister was Shafie Apdal

Commentary by Datuk Seri Panglima Clarence Bongkos MalakunSabah Economic...

Stronger social media influence in the 2025 Sabah elections

Ch'ng...traditional media may continue, but the dissemination of information...

Local veteran journalist supports the holding of HAWANA in Sabah next year

Bingkasan...HAWANA has been celebrated four times in Peninsular Malaysia...

Rasuah Adun Sabah: ‘Sekurang-kurangnya seorang atau dua individu akan dituduh’

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri...

Lelaki kini boleh belajar menjahit: Lasimbang

Jannie Lasimbang bersama peserta Program 'Sew and Save' baru...

NGO atau peras ugut? Tapisan diperlukan ke atas kumpulan yang memeras ugut syarikat

Terence Fernandez...Samseng yang bertopengkan pertubuhan awam boleh mensabotaj ekonomi. Oleh...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img