Saturday, June 14, 2025

Bolasepak wanita Sabah ke separuh akhir selaku juara kumpulan

Semangat…skuad bolasepak wanita Sabah selepas menang 5-4 penentuan sepakan penalti dengan Pahang untuk mara ke separuh akhir selaku juara kumpulan di Stadium Negeri, Kuching pagi tadi.

Oleh Vitalis G Bingkasan

KUCHING: Situasi sama kutipan mata, jumlah jaringan dan bolos membawa kepada penentuan sepakan penalti antara Sabah dan Pahang di Stadium Negeri, di sini pagi tadi.

Sepakan penalti yang berlarutan sehingga tujuh pemain bagi setiap pasukan itu berpihak kepada Sabah dengan keputusan 5-4 untuk mara ke separuh akhir selaku juara Kumpulan A.

Saingan peringkat  kumpulan yang berakhir kelmarin (18 Ogos) menyaksikan Sabah dan Pahang masing-masing mengumpul empat mata dengan empat jaringan dan satu bolos.

Pertemuan antara Sabah dan Pahang berkesudahan seri 1-1 manakala kedua-duanya menang 3-0 ke atas Sarawak.

Ketua jurulatih, Peteronella Douny bekata, kemenangan pada penentuan sepakan penalti itu  adalah tambahan suntikan semangat buat pemain menghadapi Wilayah Persekutuan pada perlawanan separuh akhir di venue sama petang esok (20 Ogos).

“Sebenarnya saya tidak kisah siapa lawan di separuh akhir tetapi menang sepakan penalti ini adalah tambahan suntikan semangat buat kami.

“Kami akan cuba yang terbaik. Pemain juga dalam keadaan baik…tiada kecederaan atau digantung perlawanan, jadi saya boleh senaraikan barisan terbaik. Harap-harap percaturan kami menjadi,” katanya.

Skuad bola sepak wanita adalah antara sandaran emas Sabah di SUKMA ini.

Hot this week

Malaysia Media Council members announced

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim renewed his media...

Kerajaan disaran bantu industri media tempatan hadapi cabaran semasa

Datuk Lichong Angkui berucap di majlis kemuncak sambutan Hari...

Let’s not rewrite history: The real backdoor Chief Minister was Shafie Apdal

Commentary by Datuk Seri Panglima Clarence Bongkos MalakunSabah Economic...

Stronger social media influence in the 2025 Sabah elections

Ch'ng...traditional media may continue, but the dissemination of information...

Local veteran journalist supports the holding of HAWANA in Sabah next year

Bingkasan...HAWANA has been celebrated four times in Peninsular Malaysia...

Topics

Rasuah Adun Sabah: ‘Sekurang-kurangnya seorang atau dua individu akan dituduh’

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri...

Lelaki kini boleh belajar menjahit: Lasimbang

Jannie Lasimbang bersama peserta Program 'Sew and Save' baru...

NGO atau peras ugut? Tapisan diperlukan ke atas kumpulan yang memeras ugut syarikat

Terence Fernandez...Samseng yang bertopengkan pertubuhan awam boleh mensabotaj ekonomi. Oleh...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img