Sunday, June 1, 2025

Jia Chi dan gandingan Jezzevelle/Myra menang emas muaythai

Pemenang emas seni duo mai muaythai wanita, Jezzevelle (kiri) dan Myra (kanan).

Pemenang emas seni solo wai kru wanita muaythai, Yian Jia Chi.

Oleh Vitalis G Bingkasan

KUCHING: Muaythai menang dua emas untuk jadi penyumbang utama pingat emas Sabah pada SUKMA Sarawak XXI hari ini.

Pingat emas dimenangi gandingan Jezzevelle Myora Jerry dan Myra Roslan dalam acara seni duo  mai muaythai wanita dan Yan Jia Chi dalam seni solo wai kru wanita.

Keseluruhannya, Sabah menang tiga emas hari ini termasuk emas  dari Ku Yee Aleng dalam acara lompat tinggi wanita.

Sehingga artikel ini ditulis, Sabah juga telah menang lima pingat perak dan empat gangsa.

Pingat perak dimenangi Irene Jane Henry dalam acara angkat berat kategori tidak melebihi 45kg wanita, Muhammad Iftikharsyahlan As Roslan (seni solo wai kru lelaki), Asyraf Danial Abdul Latif/Marshall Jayden Jerry (seni duo mai muaythai lelaki),  Pang Hong Seng (lontar peluru lelaki) dan pasukan 4x400m campuran.

Pingat gangsa dimenangi Farisha Nur Umairah Zairi (berbasikal BMX Race), Mark Dylan Marcus (angkat berat kategori  tidak melebihi 61kg lelaki),  Emmanuel Yung Ming Loh (renang 100m kuak dada lelaki) dan  Eljoe Gotuoh (lompat kijang lelaki).

Tambahan pingat itu menyaksikan Sabah mengumpul 10 pinga emas, sembilan perak dan 17 gangsa setakat ini.

Pertandingan diteruskan hari ini dengan tawaran 78 pingat emas menerusi sukan muaythai (14 emas), olahraga (13), renang (sembilan), silat (lapan), menembak (enam), masing-masing empat emas dari silambam, judo dan takraw, masing-masing tiga dari acara terjun, petanque, angkat berat, msing-masing dua dari taekwondo, tenpin boling  dan lawan pedang serta satu dari badminton.

SUKMA Sarawak XXI  menawarkan keseluruhan 488 pingat emas. Pertandingan telah bermula sejak 12 Ogos akan berlangsung sehingga 24 Ogos. 

Sabah sasar 40 pingat emas.

Hot this week

Atitih dinobatkan Unduk Ngadau Negeri Sabah 2025

Atitih (tengah) bersama Elka dan Celarin (kanan) Tati Evanatie Sannie...

Atitih Yatie Robert of Tamparuli is State Level Kaamatan Unduk Ngadau

Atitih (centre) with Elka (left), Celarin. PENAMPANG : - Atitih...

The Importance of Upholding Malaysia Agreement 1963 in State-Federal Relations

By Datuk James Ligunjang J.PFormer Sabah Assemblyman The Malaysia Agreement...

Anuwar: Solar streetlights for all Sabah villages

Anwar speaking to Pairin (right) while Hajiji (left) looks...

Topics

Pak Mus’ good pisang goreng comes from making it with love

By C C PungJustice of Peace Had ikan bakar, soto...

Corruption not tackled through perception, slander or insults – Anwar

Anwar arriving at Hongkod Koisaan to officiate the Sabah...

Stella Marris Kindergarten Kaamatan Celebrations

Sr Lucy (middle) with TSM teachers and pupils who...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img