Squad sepak takraw 3 emas

Oleh Vitalis G Bingkasan
KUCHING: Selain masing-masing tiga emas dari skuad sepak takraw dan muaythai, Sabah juga menang empat perak dan sembilan gangsa untuk keseluruhan 16 pingat emas, 14 perak dan 29 gangsa setakat jam 8.00 malam ini.
Pingat perak dimenangi Yee Xin Ying/Doyce Lee dalam acara beregu skuasy, Julfaddli Jali/Muhammad Anilrian (10m platform seirama lelaki), Loo Yie Bing (renang 100m gaya bebas wanita) dan Muhammad Rahmad (muaythai).
Sabah juga menang satu perak lewat semalam menerusi gandingan Intan Qistina Tamring, Nur Jeehan Iezzaty, Nurul Amirah, Nur Aleeya dan Cara Loh ai Theng dalam acara tenpin boling wanita lima berpasukan.

Lompatan gangsa Reynolds.
Pingat gangsa pula dimenangi Nikos Tai Lee Onn Tai (olahraga 10,000m lelaki), Adriaanie Jane Jasrin (angkat berat -49kg wanita), Villon Ryan Munsin (angkat berat -67kg), Sherleyne Jounis (angkat berat -55kg wanita), Reynolds Jc Majin (lompat tinggi lelaki), Pengiran Aidil Auf (olahraga 200m lelaki), Mohammad Ahsan (olahraga 1,500m lelaki), Chung Zi Yao/Peada Eza Augustin (judo nage no kata pasangan lelaki) dan rangkaian 4x400m lelaki yang dibarisi Aubrey Aron, Muhammad Fahami Samsuddin, Edrick Feivel Florentius dan Muhammad Khalil Helmi.
Pertandingan diteruskan dengan tawaran 48 lagi pingat emas esok.
SUKMA Sarawak XXI akan berlangsung sehingga 24 Ogos dengan keseluruhan tawaan 488 pingat emas.
Sabah mensasarkan 40 pingat emas.