Saturday, July 12, 2025

Sabah suram tanpa emas hari ini (21 Ogos)

Chef de Mission, Datuk Mansur Asun semasa meluangkan masa bersama skuad Silambam di Hikmah Exchange Event Centre, Kuching hari ini.

Oleh Vitalis G Bingkasan

KUCHING: Sinar emas kontinjen Sabah sejak lima hari lalu tiba-tiba malap tanpa sebarang kemenangan pingat emas pada SUKMA Sarawak XXI sehingga jam 7.30 malam ini.

Daripada 48 pingat emas yang ditawarkan hari ini, Sabah hanya meraih dua pingat perak dan lima gangsa.

Ia mengekalkan Sabah dengan 16 pingat emas di samping  16 perak dan 35 gangsa termasuk satu gangsa dari pasukan menembak (Chenny Herman, Nurhafizah Didin dan Nur Aina Natasya Anderson) dalam acara rifle udara 10m wanita semalam. 

Pingat perak hari ini dimenangi Sharon Jastine Silas (angkat berat -73kg lelaki) dan
Muhammad Khalil Helmi (olahraga 400m lelaki).

Chu Xin Ying menang gangsa acara renang 800m gaya bebas wanita.

Dari kiri) Loo, Laura, Chu dan Annabelle menang gangsa acara renang 4x100m (gaya bebas wanita).

Pingat gangsa dimenangi Samantha Mae Godfrey Binting (lompat tinggi bergalah wanita), Maryjane Juberin (merejam lembing wanita), Ledia Engku (3,000m lari berhalangan wanita) Chu Xin Ying Chiu (renang 800m gaya bebas wanita) dan rangkaian perenang 4x100m gaya bebas wanita (Chu Xin Ying, Laura  Lee, Annabelle Frederick, Loo Yie Bing).

Berbaki tiga hari dan 198 pingat emas jadi rebutan, ia bukan laluan mudah untuk Sabah mengotakan 40 pingat emas yang disasarkan tetapi perjuangan pasti tetap diteruskan.

Esok, 72 pingat emas ditawarkan dan Sabah diharapkan mampu menemui semula sentuhan emasnya.

Sukan yang menawarkan pingat emas esok adalah renang (lapan), terjun (dua), berbasikal MTB (satu), bola sepak wanita (satu), memanah (empat), olahraga (10), petanque (empat), ping pong (dua), silambam (10), tenis (lima), gimnastik (dua), tinju (lapan), angkat berat (tiga), judo (tujuh), lawan pedang (tiga) dan ragbi (dua).

Sabah mempunyai wakil hampir semua sukan tersebut termasuk beberapa yang sudah berada di pusingan akhir.

Antara yang menjadi tumpuan ialah perlawanan akhir bola sepak wanita di mana Sabah akan menentang Selangor di Stadium Negeri, Kuching (sepak mula 8.15 malam esok).

Hot this week

Keningau to host the first Dusunic Sabah Carnival in August

Lawrence Gimbang...the carnival encourage the use of Dusunic language...

Honouring Sabah’s rights dispel suspicion, lead to a harmonious and united Malaysia

Joniston..The 'Rumah Kita, Kita Jaga' slogan is not anti-Federal...

Sekolah Visi Sandakan Cemerlang di BIICC 2025 Kuching, Sarawak

Pemenang Anugerah Pingat Emas 5 Emas, 2 Perak, 7 Gangsa...

PIBG digesa jadi nadi suara Wakil Rakyat

Joniston bersama wakil wakil 24 PIBG yang menerima...

Joint PBS-STAR  Convention 2025 on Saturday

Joniston...the convention is aimed at strengthening cooperation to secure...

Topics

A book by Chan Kang Yuen, 90, on his 60-year career as a journalist

By C C PungJustice of Peace My old friend Chan...

100 years of Dr Mahathir and his legacy

By Datuk James  Ligunjang J.P Former State Assemblyman  While Social Activist...

Demography Under Siege – A Call to Action

Datuk Henrynus Amin delivering his policy speech during ANAK...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img