Sunday, July 20, 2025

Majlis Tenaga Sabah lulus projek penjanaan kapasiti 700 megawatt

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor semasa mempengerusikan Mesyuarat Kedua Majlis Tenaga Sabah di  Menara Kinabalu, Kota Kinabalu pada Khamis.

KOTA  KINABALU:  Majlis  Tenaga  Sabah  (MTS)  dalam  mesyuarat  keduanya  telah meluluskan beberapa projek kritikal untuk pembangunan penjanaan berjumlah kapasiti 700 Megawatt ke arah memulihkan Sistem Grid negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor  berkata, antara projek utama itu  ialah  Projek  Hidro  Elektrik  dan  Loji  Janakuasa  Gas  Asli  bagi  memastikan keterjaminan bekalan elektrik yang mencukupi di negeri ini pada masa sekarang dan akan datang.

Katanya, mesyuarat MTS juga mendengar maklumbalas daripada Energy Commission of Sabah (ECoS) berkenaaan perkembangan projek-projek penjanaan penting lain yang telah  diambil tindakan  susulan  keputusan yang telah  dibuat  pada  mesyuarat  MTS pertama bulan Jun lalu.

“Ini termasuklah keputusan keatas perlaksanaan projek-projek sumber tenaga masa hadapan iaitu potensi dan kaedah pembangunan hidro elektrik secara meluas di Sabah menerusi kajian Sabah Hydro Development Masterplan yang sedang dilaksanakan oleh ECoS, serta   kaedah pembangunan loji Ocean Thermal Energy Conversion (OTEC) melalui  konsep   Projek   Perintis   Permulaan”,  katanya  selepas  mempengerusikan Mesyuarat Kedua MTS di  Menara Kinabalu pada Khamis.

Hajiji berharap segala usaha yangdilaksanakan itu akan mendatangkan manfaatterbaik dalam  merealisasikan  pencapaian  tenaga  yang  berdayaharap,  mampu  milik  dan mampan untuk masa kini dan akan datang.

Katanya, ini adalah selari dengan Pelan Induk Tenaga – Sabah Energy Roadmap and Masterplan 2040  (SE-RAMP 2040)  untuk  kemajuan Sabah dan  memberi  manafaat kepada rakyat negeri ini.

MTS ditubuhkan berikutan penyerahan kuasa kawal selia tenaga daripada Kerajaan Persekutuan kepada Sabah dan untuk menggantikan Jawatankuasa Perancangan dan
Pelaksanaan Pembekalan Elektrik dan Tarif (JPPPET) Sabah

Hot this week

Warisan Inanam dekati golongan muda mengenai isu 40 peratus

Lewis Wong...Ramai golongan muda masih tidak tahu dan faham...

KDM denies 100 members from Kemabong joined Warisan

Willie Jude...Harris Bolos is no longer KDM member, he...

Bullies should face severe penalties, says KGKS president

Murkam...perpetrators to be apprehended and face appropriate consequences. KOTA KINABALU...

Kaamatan bakal diangkat sebagai Khazanah Negara

Shalom (duduk kanan) bergambar bersama jawatankuasa pakar warisan adat...

Solo sojourn?

By Datuk Philip GolingaiThe Star's Senior News Editor “SOLO” was...

Topics

Joniston: Going solo a political tactic against the aspirations of the Sabah people.

Joniston officiates the symbolic launch of Papawantai Taasok, a...

Ulu Padas Hydroelectricproject proceeding smoothly

Nizam...Barring any unforseen circumstances, it will be completed as...

Kg Sinulihan-Dambai road needs upgrading – KDM

KOTA KINABALU : - The upgrading of the Kampung...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img