Wednesday, June 18, 2025

Emas pasukan berempat lelaki `bonus’ untuk skuad boling padang Sabah

Pemenang pingat emas tunggal boling padang Sabah, pasukan berempat lelaki bersama Asneh (kanan), Shuib (tiga dari kanan) dan pegawai serta jurulatih pasukan.

Pasukan berempat boling padang Sabah bersama Shuib dan Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Sabah, Mohd Asneh Mohd Noor (kanan), Shuib, pegawai dan jurulatih meraikan pingat emas yang dimenangi.

Oleh Vitalis G Bingkasan

KUCHING: Skuad boling padang akhirnya dapat `bonus’ yang diidamkannya dengan kejayaan pasukan berempat merangkul pingat emas pada hari terakhir acara boling padang SUKMA Sarawak XXI di Arena Boling Padang, di sini kelmarin.

Pasukan yang dibarisi Asmirul Arispadilah, Asnirul Arispadilah, Elldy Maxcanzie Zosmi dan Mohammad Raihan Norkizan serta Nur Azami Azlie selaku pemain simpanan menewaskan pasukan Perak 15-9.

Hari terakhir acara itu juga menyaksikan skuad boling padang menang dua pingat perak untuk pencapaian keseluruhan satu pingat emas, dua perak dan satu gangsa.

“Tidak tahu ia kebetulan atau tidak tetapi  sepertinya kami ada tuah di Sarawak,” kata presiden Persatuan Boling Padang Sabah, Shuib Hashim.

“Kali terakhir kami menang emas SUKMA ialah ketika Sarawak tuan rumah pada 2016. Selepas lapan tahun, kami melakukannya lagi di sini.

“Malahan kali ini dengan pencapaian lebih baik iaitu satu emas, dua perak dan satu gangsa berbanding satu emas, satu perak dan satu gangsa pada  SUKMA 2016.

“Seperti yang saya kata sebelum pertandingan bahawa kami memburu pingat tidak kira apa warna tetapi ianya bonus jika dapat emas…pemain telah melakukannya…tahniah kepada semua anggota pasukan….pemain, jurulath dan para pegawai yang telah menyumbang pencapaian kejayaan ini,” kata Shuib.

Katanya, ianya juga pencapaian melegakan terutama selepas mereka gagal menang emas pada SUKMA 2018 dan 2022.

Menurutnya, pasukan berempat yang menang emas itu juga dibarisi pemain baru dan muda. “Kecuali Asmirul, ia merupakan penampilan pertama pemain lain di SUKMA,” katanya.

Peluang skuad boling padang menambah pingat emas tidak kesampaian apabila kalah dalam dua lagi aksi final membabitkan pasukan bertiga dan perseorang lelaki.

Pasukan bertiga yang dibarisi  Adilah Justine, Nur Zarifah Wajihah Zaidi, Nurnajmi Jannah Jali @ Jalit dan  Nurafeqah Qhalisah Alham selaku pemain simpanan tewas 9-17 ditangan pasukan Kedah.

Perseorangan lelaki, Muhammad Afif Aiman Mohd Affendy pula memberi tentangan sengit sebelum akur dengan kekalahan 15-21 ditangan pemain kebangsaan Johor, Amirul Danial Abdul Rahim.

Pasukan berempat wanita yang dianggotai Adilah Justine, Nur Zarifah Wajihah Zaidi, Nuremilda Jazeemi, Nurnajmi Jannah Jali @ Jalit dan  Nurafeqah Qhalisah Alham sebagai pemain simpanan pula menewaskan Kedah 10-7 pada penentuan pingat gangsa, 16 Ogos lalu.


Hot this week

Native Court Training Institute in Penampang: A Multi-Million Ringgit White Elephant?

PENAMPANG : – Dr. Edwin Bosi, former Assemblyman for...

Parti ANAK NEGERI Forges New Path with Youth Leadership Appointments

Trevor Marinking - Secretary General KOTA KINABALU : -  Parti...

The Case for Sabah’s Political Leadership, Dominance and Autonomy

By Datuk James Ligunjang JP Former State Assemblyman KOTA KINABALU :...

Stop twisting the facts, Daniel – Shafie’s appointment was murky!

Malakun...Let’s set the record straight because Sabahans deserve the...

Topics

Native Court Training Institute in Penampang: A Multi-Million Ringgit White Elephant?

PENAMPANG : – Dr. Edwin Bosi, former Assemblyman for...

Parti ANAK NEGERI Forges New Path with Youth Leadership Appointments

Trevor Marinking - Secretary General KOTA KINABALU : -  Parti...

The Case for Sabah’s Political Leadership, Dominance and Autonomy

By Datuk James Ligunjang JP Former State Assemblyman KOTA KINABALU :...

Stop twisting the facts, Daniel – Shafie’s appointment was murky!

Malakun...Let’s set the record straight because Sabahans deserve the...

Food is an essential component of culture

Non halal Nasi Lemak, a popular dish on the...

Malaysia Media Council members announced

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim renewed his media...

Kerajaan disaran bantu industri media tempatan hadapi cabaran semasa

Datuk Lichong Angkui berucap di majlis kemuncak sambutan Hari...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img