Sabah tamatkan cabaran SUKMA Sarawak XXI dengan 29 Emas, 36 Perak, 55 Gangsa

Skuad Gimnastik Sabah berjaya kotakan sasaran satu pingat emas di samping satu gangsa pada hari terakhir SUKMA Sarawak XXI hari ini.

Skuad pelayaran antara penyumbang utama pingat Sabah pada SUKMA Sarawak XXI  dengan tiga emas, enam perak dan dua gangsa.

Oleh Vitalis G Bingkasan

KUCHING: Sabah menamatkan cabaran dengan 29 pingat emas, 36 perak dan 55 gangsa selepas tambahan satu pingat emas, tiga perak dan tiga gangsa pada SUKMA Sarawak XXI yang berakhir hari ini.

Pingat emas terakhir Sabah dimenangi Marvell Vincent Voo dalam acara gimnastik artistik manakala rakannya, Addison Chang Sui Xin menang gangsa pada pertandingan akhir yang berlangsung di Serian Conference Centre.

Marvell menang dalam acara palang tunggal lelaki selepas mencatat 15.500 mata . Pingat perak milik Wilson Wei Sin Yeoh (Pulau Pinang: 12.375 mata) manakala gangsa dimenangi Muhammad Bariq Adif Mat Daud (Johor: 11.550 mata).

Addison pila berkongsi pingat gangsa dengan atlet Perak, Nor Saiful Aiman Norazman selepas masing-masing mencatat 12.338 mata acara melombol lelaki. Pingat emas dimenangi Noorazrul Jamirul Jamrus (Negeri Sembilan: 13.175 mata) manakala pingat perak milik Nor Adam Hazziq Nor Azaha (Kelantan: 13.013 mata).

Ketua jurulatih, Liew Tong Ee berkata, pencapaian itu mengotakan sasaran satu pingat emas skuad gimnastik.

“Kami memang sasar satu pingat emas sahaja dan ia dapat dikotakan di samping tambahan satu gangsa. Tahniah kepada seluruh anggota pasukan.

“Terima kasih kepada jurulatih-jurulatih kebangsaan dan Sabah yang telah mengasah bakat atlet kita selepas sahaja fasa pertama pemilihan pada 2022,” katanya sambil memberitahu bahawa  Marvell ialah atlet junior kebangsaan dan berlatih di Sekolah Sukan Bukit Jalil.

“Terima kasih juga kepada MSN Sabah, Persatuan Gimnastik Sabah, Lembaga Sukan Negeri Sabah dan ibubapa yang sentiasa memberi sokongan kepada atlet. Saya berharap atlet kita terus dapat sokongan semua pihak. Kami akan mula buat pemilihan fasa satu pada Disember 2024 sebagai persiapan menghadapi SUKMA akan datang,” katanya.

Sambil itu, sukan pelayaran di Marina Bay Miri hari ini menyaksikan skuad pelayaran melabuhkan cabaran dengan tiga pingat perak dan  satu gangsa untuk keseluruhan sumbangan tiga pingat emas, enam perak dan dua gangsa.

Pingat perak hari ini dimenangi Muhammad iman Aqeel dalam acara Optimist lelaki , Nur Hafizanah (Optimist wanita) dan pasukan campuran Optimist yang dibarisi Kee Aleana Abdullah, Muhd Aiman Aqeel  Mohd Firdaus, Muhd Iftittah Andi Mallabbang, Nur Hafizanah Zailan dan  Danyal Marczqui Rahmat Haron Muzaffar manakala gangsa dimenangi Danyal Marczqui (Optimist lelaki).

Kelmarin, skuad pelayaran Sabah menyerlah dengan tiga emas, tiga  perak dan satu gangsa.

Pingat emas dimenangi Zeti Irdina Zainal  dalam acara ILCA 4 wanita, Muhammad Asnawi Iqbal (ILCA 6 lelaki) dan Marcella Wilson Villaceran (Techno 293 wanita).

Pingat perak pula dimenangi Lucqmann Racheed Haron (Techno 293 lelaki), Mohamad Syahieradham Raiman (ILCA 4 lelaki) dan  Nur Awatif Safri/ Nur Hafizanahanani Zailan (International 420 wanita)   manakala gangsa dimenangi Mohammad Shahieran Raiman/ Mohammad Aiman Adam Mohd Firdaus (International 420 lelaki).

Apapun keseluruhan pencapaian 29 pingat emas, 36 perak dan 55 gangsa adalah misi gagal Sabah merealisasikan impian sasaran 40 pingat emas. Pingat emas juga kurang berbanding  SUKMA 2022 di mana Sabah meraih 30 pingat emas di samping 29 perak dan 39 gangsa.

Sabah hanya berjaya pertingkatkan kutipan pingat perak dan gangsa yang mungkin boleh `dinaik taraf’ apabila Sabah meneruskan misi pada SUKMA 2026 yang akan berlangsung di Selangor.

Sabah dikedudukan kelapan di kalangan 15 pasukan yang bertanding di SUKMA Sarawak XXI.

Pasukan tuan rumah Sarawak kembali bergelar juara keseluruhan dengan 76 pingat emas, 55 perak dan 70 gangsa (76e, 55p, 70g) selepas kali terakhir menjuarainya 30 tahun lalu (1994)

Wilayah Persekutuan di tempat kedua (75e, 65p, 72g) dan ketiga Selangor (56e, 64p, 61g) diikuti Pulau Pinang (41e, 45p, 52g), Terengganu (41e, 36p, 47g), Johor (35e, 42p, 58g), Perak (35e, 38p, 57g) dan Sabah.

Di bawah Sabah ialah Pahang (23e, 21p, 32g), Kedah (21e, 19p, 28g), Negeri Sembilan (19e, 13p, 24g), Melaka (17e, 23p, 30g), Perlis (12e, 15p, 16g), Kelantan (7e, 13p, 17g) dan Brunei (2e, 2p, 3g).

Majlis penutupan SUKMA Sarawak XXI malam ini disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hot this week

Veteran journalist Emin Madi heads 19 media practitioners to receive State Awards from TYT

Emin Madi … PGDK Yong Ted Phen...ASDK KOTA KINABALU :  -...

Social media is full of nonsense

By C C PungJustice of Peace YET everyone I know...

Presiden Warisan nafi lupus NPL semasa jadi Ketua Menteri Sabah

Shafie Apdal...tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap...

Malicious and baseless allegations, outright lies

Media StatementBy Datuk Seri Panglima Mohd Shafie ApdalPresidentWARISAN1. I...

Is it good journalism to accept AirAsia’s media discount?

As the media debates ethics over AirAsia’s 50% offer...

Topics

Veteran journalist Emin Madi heads 19 media practitioners to receive State Awards from TYT

Emin Madi … PGDK Yong Ted Phen...ASDK KOTA KINABALU :  -...

Social media is full of nonsense

By C C PungJustice of Peace YET everyone I know...

Presiden Warisan nafi lupus NPL semasa jadi Ketua Menteri Sabah

Shafie Apdal...tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap...

Malicious and baseless allegations, outright lies

Media StatementBy Datuk Seri Panglima Mohd Shafie ApdalPresidentWARISAN1. I...

Is it good journalism to accept AirAsia’s media discount?

As the media debates ethics over AirAsia’s 50% offer...

Corruption – givers and takers should all go to jail

By C C PungJustice of Peace If I was asked...

Native Court Training Institute in Penampang: A Multi-Million Ringgit White Elephant?

PENAMPANG : – Dr. Edwin Bosi, former Assemblyman for...

Parti ANAK NEGERI Forges New Path with Youth Leadership Appointments

Trevor Marinking - Secretary General KOTA KINABALU : -  Parti...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img