Saturday, April 19, 2025

Sarawak juara keseluruhan Sukma 2024

Suasana pada Majlis Penutup Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2024 di Stadium Perpaduan Petra Jaya pada Sabtu. Foto Bernama

KUCHING! :  Tuan rumah, Sarawak, mengesahkan gelaran juara keseluruhan Sukan Malaysia (Sukma) 2024 dengan kelebihan sebutir emas mengatasi Wilayah Persekutuan, selepas mengharungi perebutan paling sengit dalam sejarah temasya dwitahunan kebangsaan itu.

Kejayaan ini merupakan kali keempat selepas muncul juara edisi 1990, 1992 dan 1994 dengan mengumpul keseluruhan 76 pingat emas, 55 perak dan 70 gangsa.

Wilayah Persekutuan, juara edisi 1986 (sebagai Kuala Lumpur) dan 2014, terpaksa akur sebagai naib juara dengan kutipan 75-65-72, diikuti Selangor (56-64-61), Pulau Pinang (41-45-52) dan Terengganu (41-36-47) untuk melengkapkan kedudukan lima teratas.

Wilayah Persekutuan bagaimanapun boleh berbangga apabila mencatat sejarah muncul juara acara bola sepak lelaki Sukma buat kali pertama, apabila menewaskan Melaka 2-1 pada aksi final di Stadium Mukah sekali gus membawa pulang ‘ibu segala pingat’ itu.

Kedah pula meraih empat daripada 14 emas ditawarkan di sukan pelayaran hari ini; Terengganu dan Sabah masing-masing meraih tiga emas; tuan rumah dua emas manakala Selangor dan Pahang satu emas.

Sukma 2024 yang mempertandingkan 488 acara daripada 37 jenis sukan dengan penyertaan lebih 12,000 atlet dan pegawai, menutup tirai secara rasmi, malam ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyempurnakan upacara penutupan di Stadium Perpaduan di sini.

Pada majlis sama, perenang Selangor Andrew Goh dan penembak Negeri Sembilan Gan Chen Jie masing-masing dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Sukma 2024. – Bernama

Hot this week

KLK Borneo Sevens 2025 DAY 1 April 19

Malaysian University players trying to stop an Eagles RFC...

Healthy lifestyle campaign to encourage new behaviour among UMS students

UMS Faculty of Social Sciences and Humanities Dean Professor...

SAREC 2025 to unlock new opportunities in Sabah renewable energy sector

KOTA KINABALU (: Qhazanah Sabah Berhad (QSB), a wholly-owned...

Mostly it is loss which teaches us about the worth of things

By C C PungJustice of Peace I used to reminisce...

Solution-Oriented Political Coalition to Build Sabah

By Chan Loong WeiDAPSY Sabah Chief KOTA KINABALU : -...

Topics

Jurulatih legenda bolasepak Sabah Stanley Chew cadang formula penuhkan stadium

Penulis bersama Stanley Chew dalam "kupi-kupi" di Tuaran baru-baru...

Comprehensive master plan for Sabah’s tourism sector – Joniston

KOTA KINABALU : - The Sabah Tourism, Culture, and...

Congratulations to Dr Jeffrey for getting RM5 milion to organise Kaamatan Festival 2025

By Datuk Michael Malanjun I wish to congratulate Datuk Seri...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img