Saturday, July 12, 2025

Kepelbagaian budaya harus diraikan bersama – Hajiji

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor diiringi Presiden Lions Club Tuaran, Kapitan Frankie Goh (lima kiri) menyempurnakan gimik perasmian dengan memotong kuih bulan (Moon Cake) sempena Pesta Tanglung Tuaran 2024 di Padang Astaka Tuaran pada Sabtu.

TUARAN: Kepelbagaian budaya yang ada di Sabah perlu terus diraikan semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

Ini  kerana  katanya,  kepelbagaian  dalam  aspek  budaya  seperti  sambutan  Pesta Tanglung antara yang telah menjadikan rakyat di negeri ini hidup bersatu padu dan aman.

“Inilah keunikan dan kehebatan Sabah yang menjadi contoh kepada negeri lain. Kita mempunyai pelbagai perayaan yang kita raikan bersama-sama tanpa mengira kaum dan agama.

“Saya berasa bangga kerana Lions Club Tuaran telah menganjurkan pesta yang cukup hebat dan berharap  perayaan yang diwarisi sejak nenek moyang ini akan diteruskan padamasaakandatang,” katanyaketikamerasmikan sambutan Pesta Tanglung Tuaran di Padang Astaka Tuaran, di sini pada Sabtu malam.

Dalam pada itu, beliauturut berharap rakyat akan terus menyokong kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) – Pakatan Harapan (PH) Plus untuk terus membangunkan negeri ini.

Katanya, kerajaan negeri hari ini akanterus membawa pembangunan kerana ini adalah tanggungjawab untuk melakukan yang terbaik kepada rakyat.

“Justeru, saya berharap rakyat negeri initidak mudah percayaatauterpengaruh dengan fitnah  yang dibawa oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Sebenarnya, banyak yang telah kita lakukan selepas pandemik COVID-19.

“Kita  telah  merancang  dan  melaksanakan  pelbagai    program  untuk  meningkatkan ekonomi  rakyat  dan  negeri  ini.  Bukan  itu  saja,  malah  dalam  aspek  lain  termasuk pendidikan dan modal insan yang  menjadi antara fokus utama kerajaan negeri.

“Kita  tahu  memang  ada  masalah  yang  dihadapi  termasuk  yang  diwarisi  daripada penerintahan terdahulu seperti air. Tetapi kerajaan hari ini akan terus melakukan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah-masalah berkenaan. Apa yang penting sokongan daripada rakyat agar Sabah terus maju jaya dalam Malaysia,” katanya.

Beliau   berkata,   kerajaan   telah   dan   akan   terus   melaksanakan   lebih   banyak pembangunan dan projek yang menberi manfaat dan kemudahan kepada rakyat negeri ini.

Yang turut hadir Menteri Pembangunan Luar Bandar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli, Datuk Jahid Jahim; Ahli Parlimen Tuaran , Datuk Seri Wilfred Madius Tangau  dan  Presiden  Lions  Club Tuaran  Kapitan  Frankie  Goh, yang juga Pengerusi Penganjur.

Hot this week

Keningau to host the first Dusunic Sabah Carnival in August

Lawrence Gimbang...the carnival encourage the use of Dusunic language...

Honouring Sabah’s rights dispel suspicion, lead to a harmonious and united Malaysia

Joniston..The 'Rumah Kita, Kita Jaga' slogan is not anti-Federal...

Sekolah Visi Sandakan Cemerlang di BIICC 2025 Kuching, Sarawak

Pemenang Anugerah Pingat Emas 5 Emas, 2 Perak, 7 Gangsa...

PIBG digesa jadi nadi suara Wakil Rakyat

Joniston bersama wakil wakil 24 PIBG yang menerima...

Joint PBS-STAR  Convention 2025 on Saturday

Joniston...the convention is aimed at strengthening cooperation to secure...

Topics

Keningau to host the first Dusunic Sabah Carnival in August

Lawrence Gimbang...the carnival encourage the use of Dusunic language...

Honouring Sabah’s rights dispel suspicion, lead to a harmonious and united Malaysia

Joniston..The 'Rumah Kita, Kita Jaga' slogan is not anti-Federal...

Sekolah Visi Sandakan Cemerlang di BIICC 2025 Kuching, Sarawak

Pemenang Anugerah Pingat Emas 5 Emas, 2 Perak, 7 Gangsa...

PIBG digesa jadi nadi suara Wakil Rakyat

Joniston bersama wakil wakil 24 PIBG yang menerima...

Joint PBS-STAR  Convention 2025 on Saturday

Joniston...the convention is aimed at strengthening cooperation to secure...

A book by Chan Kang Yuen, 90, on his 60-year career as a journalist

By C C PungJustice of Peace My old friend Chan...

100 years of Dr Mahathir and his legacy

By Datuk James  Ligunjang J.P Former State Assemblyman  While Social Activist...

Demography Under Siege – A Call to Action

Datuk Henrynus Amin delivering his policy speech during ANAK...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img