Sunday, July 13, 2025

Mesti pandai analisa memastikan parti relevan dengan keadaan dan keperluan semasa – Dr Yusof

Dr Yusof menerima cenderahati daripada Rosli.

LABUAN: Semua ahli parti khususnya peringkat kepimpinan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) mesti pandai membuat analisa dalam memastikan parti itu relevan dengan keadaan dan keperluan semasa.

Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob berkata, politik sifatnya berubah-ubah mengikut masa dan sekarang ini suatu keadaan boleh dikatakan sukar yang memerlukan pemikiran baru.

Sebagai contoh, katanya, di Sabah ada Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) membabitkan gabungan lapan parti, Pakatan Harapan (PH) Plus dan UMNO, manakala di peringkat persekutuan ada Kerajaan Perpaduan yang membabitkan gabungan beberapa parti.

“Jadi ahli parti mesti pandai menganalisa dan keadaan ini suatu yang sangat kompleks yang perlu ditangani dengan bijak.

“Saya tekannya soal sokongan kepada rakan komponen, kefahaman, hubungan baik sangat penting dalam keadaan kita sekarang ini,” katanya kepada media selepas merasmikan Mesyuarat Tahunan Gagasan Rakyat Bahagian Labuan, semalam.

Hadir sama, Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Labuan Rosli Awang Damit, timbalannya Prof Dr Harun Pudin, Naib Ketua Abu Mahmood, Ketua Wanita Jurai Tuah, Ketua Pemuda Muhamad Faizal Abdullah dan Ketua Beliawanis Zuraidah Sahari.

Dr Yusof yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sindumin berkata, senario politik kerajaan campuran ini juga berlaku di negara lain seperti di United Kingdom dan Australia.

Justeru, beliau berkata, kerjasama dan persefahaman baik antara parti komponen dalam kerajaan campuran itu sangat penting.

“Maknanya walaupun dari parti lain menerajui kerajaan, tetapi mesti juga rakan-rakan komponen jangan diketepikan..kerana jika diketepikan soal perpaduan, kerjasama itu nanti tidak wujud,” katanya.

Beliau juga menekankan penting faktor 4R dalam memilih calon pada pilihan raya bagi memastikan kemenangan parti.

Katanya, 4R itu adalah orang yang betul (Right Person), tempat yang betul (Right Place), parti yang betul (Right Party) dan masa yang betul (Right Timing).

Menurutnya, calon yang dipilih adalah layak dan boleh menang, lokaliti asal calon juga perlu diambilkira serta parti yang diwakili dan masa itu mesti sesuai dengan keadaan.

Hot this week

Strong sentiment for GRS to go solo in the coming State election

Dr Jeffrey (left) and Dr Joachim during the press...

Want to collaborate, PH have to use GRS symbol in PRN17 – Dr Joachim

PENAMPANG : Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, the acting...

Keningau to host the first Dusunic Sabah Carnival in August

Lawrence Gimbang...the carnival encourage the use of Dusunic language...

Honouring Sabah’s rights dispel suspicion, lead to a harmonious and united Malaysia

Joniston..The 'Rumah Kita, Kita Jaga' slogan is not anti-Federal...

Sekolah Visi Sandakan Cemerlang di BIICC 2025 Kuching, Sarawak

Pemenang Anugerah Pingat Emas 5 Emas, 2 Perak, 7 Gangsa...

Topics

PIBG digesa jadi nadi suara Wakil Rakyat

Joniston bersama wakil wakil 24 PIBG yang menerima...

Joint PBS-STAR  Convention 2025 on Saturday

Joniston...the convention is aimed at strengthening cooperation to secure...

A book by Chan Kang Yuen, 90, on his 60-year career as a journalist

By C C PungJustice of Peace My old friend Chan...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img