Monday, April 28, 2025

Madius akan pastikan masalah infrastruktur di parlimen Tuaran dapat diatasi

KOTA KINABALU : – Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, pada persidangan Parlimen, telah menyuarakan beberapa isu infrastruktur dan keperluan asas di Tuaran pada sesi kamar khas bersama Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Ahli Parlimen Tuaran itu pada setiap kali persidangan, akan sentiasa membawa perjuangan ini ke perhatian menteri-menteri yang terlibat.

Antara yang saya suarakan termasuk hal-hal berkaitan pembinaan jambatan kenderaan dan juga jambatan gantung, hal-hal bekalan air bersih, bekalan elektrik luar bandar, dan juga jalan-jalan perhubungan desa dan pelbagai lagi isu-isu rakyat di luar bandar.

Pada ketika itu, Timbalan Menteri KKDW, Datuk Hajah Rubiah Wang dalam jawapannya menyatakan bahawa permohonan juga boleh dikemukakan melalui KKDW di peringkat negeri dan juga kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Sabah, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu pada Ogos lalu beliau telah hadir ke Pejabat KKDW cawangan Sabah.

“Petang tadi saya hadir pula mengadakan perjumpaan dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Sabah di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS).”

“Saya bersama Pegawai Daerah dan Penolong Pegawai Daerah Tuaran, Penolong Pegawai Daerah Kiulu, wakil-wakil daripada agensi kerajaan berkaitan serta kakitangan Pusat Khidmat Parlimen Tuaran,” katanya.

Perbincangan melibatkan Pengarah UPEN Sabah, Datuk Jasmine Teo bersama dengan pegawai-pegawai kanan dari pejabat berkenaan.

Kita mengemukakan isu-isu utama yang membelenggu rakyat di Tuaran seperti mana yang dikemukakan juga kepada pejabat KKDW.

Tujuannya ada untuk memastikan isu berkaitan kemudahan – kemudahan infrastruktur di parlimen Tuaran dapat diatasi.

Antaranya, berkaitan Bekalan Air Luar Bandar, Jalan Perhubungan Desa, Jalan Pertanian, Bekalan Elektrik Luar Bandar, Jambatan Luar Bandar dan pelbagai lagi isu-isu rakyat di luar bandar ini. Semua ini saya suarakan dalam pertemuan ini.

“Saya mohon agar ia diangkat dalam pelan Rerancangan Malaysia ke-13. Ini termasuk juga usaha-usaha menoktahkan kemiskinan di Tuaran. Kita mahu Tuaran ini keluar dari senarai 8 daerah termiskin di Malaysia,” jelasnya.

“Perbincangan berjalan dengan baik. Saya sangat berterima kasih kepada Datuk Jasmine dan pasukan kerana mendengar dan memahami segala isu-isu yang kita kemukakan ,” katanya.

Madius berharap perbincangan tadi dapat membantu memberikan input kepada UPEN Sabah untuk membawa ke peringkat pusat sekali gus menyumbang kepada penyelesaian terhadap isu-isu infrastruktur luar bandar di Sabah khususnya di Tuaran.

“Saya dan Pusat Khidmat Parlimen serta seluruh agensi yang berkaitan di Tuaran termasuk Pejabat Daerah dan Pejabat Daerah Kecil sentiasa bersedia bekerjasama memberikan perincian maklumat yang diperlukan pihak UPEN, ” katanya.

Hot this week

Embrace Sabah’s Political Landscape – BN and PH are Inextricably Linked

Salleh...impossible to separate BN and PH  because their objectives...

Pergerakan Wanita Pekebun Kecil Kg Bakong Bakong

Dibelakang dari kiri : Jolinah Mutusin, Satriah Angau dan...

Sabah Unveils Newly Upgraded Sun Bear Exhibit at Lok Kawi Wildlife Park

KOTA KINABALU : – The Sabah Wildlife Department, led...

Lawatan Prihatin ke Hospital DOK dan Bantuan kepada Pesakit Terlantar

SANDAKAN : - Datuk Frankie Poon Ming Fung @...

Bernard Dompok, the First Vatican envoy remembers

By Datuk Teddy Chin MORE than one billion Catholics around...

Topics

Embrace Sabah’s Political Landscape – BN and PH are Inextricably Linked

Salleh...impossible to separate BN and PH  because their objectives...

Pergerakan Wanita Pekebun Kecil Kg Bakong Bakong

Dibelakang dari kiri : Jolinah Mutusin, Satriah Angau dan...

Sabah Unveils Newly Upgraded Sun Bear Exhibit at Lok Kawi Wildlife Park

KOTA KINABALU : – The Sabah Wildlife Department, led...

Lawatan Prihatin ke Hospital DOK dan Bantuan kepada Pesakit Terlantar

SANDAKAN : - Datuk Frankie Poon Ming Fung @...

Bernard Dompok, the First Vatican envoy remembers

By Datuk Teddy Chin MORE than one billion Catholics around...

Can Warisan snatch a simple majority victory going solo ?

Dr Kanul Gindol...there is a Sabah political party capable...

Sandakan gearing up for Visit Malaysia 2026

SANDAKAN : - President of Sandakan Municipal Council (MPS)...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img